Oleh: Farhana Fuad
Clinique tampil segar dengan berkolaborasi bersama penyanyi pop, Zara Larsson dengan menghasilkan sebuah video muzik menerusi lagu hitnya yang berjudul Lush Life.
Melalui video muzik ini, penonton dapat menikmati lagu, video serta solekan Zara yang tampil dengan empat jenis remixes yang berbeza.
Video muzik ini bukan hanya satu muzik video yang biasa anda lihat kerana ianya dicipta dengan lebih interaktif. Tidak kira jika anda inginkan mood yang lebih santai atau nada rendah, atau mungkin juga feel sedia untuk berparti, anda boleh memilih antara empat jenis genre termasuklah akustik, pop, country atau dance dalam sebuah video dan lagu yang sama iaitu Lush Life berlainan rentak.
Pilihan genre yang disukai bukan hanya memaparkan perubahan dari segi muzik sahaja, malah ianya juga memaparkan solekan Zara yang menawan dalam setiap genre lagu tersebut.
Empat solekan ini merupakan hasil tangan Alice Lane, mekap artis dari New York.
“Dunia ini sentiasa dalam berubah dan kita turut sama dalam kitar itu. Jadi kenapa solekan kita perlu sentiasa sama setiap masa?” ujar Alice.
Ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan empat solekan berbeza menerusi muzik video Lush Life? Ikuti tip serta kombo produk pilihan di bawah:
The Bare Look
Menerusi lagu Lush Life dalam genre akustik, Zara tampil dengan solekan The Bare Look. Dengan rona pemerah pipi yang agak nude, ianya menyerlahkan solekan yang lebih natural pada wajah Zara.
Mata : “Pastikan segalanya tampak lembut dan sebati. Gunakan pembayang mata yang berona putih seperti Lip Pop in Vanilla Pop di atas kelopak mata,” kata Alice.
Pipi : “Jangan lupa pemerah pipi. Ianya menaikkan seri, contours dan serlahkan solekan wajah. Saya layangkan Cheek Pop in Ginger Pop pada tulang pipi Zara.”
Bibir : Gariskan penggaris bibir dengan rona natural seperti Quickliner for Lips Intense Blush. “Top dengan gincu bibir glossy seperti Clinique Pop Lacquer Lip Colour + Primer in Wink Pop. Fokuskannya pada bahagian tengah bibir untuk tambah volume dan dimensi bibir.
The Sweet Look
Cerah dan ceria! Solekan Zara pada versi pop untuk video muzik Lush Life punya tenaga yang tersendiri.
Mata : Pertama sekali, layangkan pembayang mata off-white pada kelopak mata iaitu Lid Pop in Cream Pop. “Untuk gaya pop 60-an, solekan ala babydoll, sapukan tiga lapisan High Impact Extreme Volume Mascara dan berikan sedikit masa untuk bulu mata anda kering dengan sepenuhnya. That’s how you get major definition,” ujar Alice.
Pipi : Untuk tampak lebih natural, merah ros semulajadi, hanya layangkan sedikit sentuhan Cheek Pop in Plum Pop pada kedua-dua belah pipi.
Bibir : Mulanya, line dan fill in bibir dengan Quickliner for Lips Intense in Intense Hibiscus. Tambah rona gincu yang vibrant tetapi sheer. “Clinique Pop Glaze Sheer Lip Colour + Primer in Bubblegum Pop adalah pilihan terbaik kerana ianya lebih lembap,” kata Alice. “Jangan malu untuk mencubanya dan pastikan anda sentiasa touch up sepanjang hari atau malam, jadi anda akan sentiasa tampak cantik dengan rona pop.
The Vixen Look
Menerusi remixed lagu Lush Life untuk genre dance, Zara tampil dengan solekan inspirasi The Vixen Look untuk tampak lebih fierce dan vibe fashion-tribe. Seimbangkan solekan gelap pada mata dengan rona bibir deep-hued dan jangan lupa untuk sentuhan keemasan.
Mata : “Gariskan bahagian atas dan bawah bulu mata dengan Quickliner for Eyes Intense in Intense Ebony. Sapu sebati. Seterusnya, gunakan Lid Pop in Cocoa Pop untuk kelopak mata dan di bahagian bawah bulu mata. Rona smoky pada mata tidak sehangatnya. Jadi, dengan bayangan keemasan pada bahagian tepi mata melembutkan segalanya dan elak dari kelihatan agak gothic,” kata Alice. “Jangan takut jika ianya satu mess, sudah pasti boleh mengemas kininya dengan menggunakan kapas dan pencuci solekan.” Berus lembut beberapa lapisan Chubby Lash Fattening Mascara in Jumbo Jet.
Pipi : Tambah rona pop dan serikan lagi mood dengan layangan pemerah pipi pada tulang pipi.
Bibir : Segalanya mengenai rona yang powerful. “Buat garisan yang lebih kemas dari biasa. Ketengahkan lagi tumpuan pada bahagian cupid’s bow. Penuhi permukaan bibir dengan rona dan lapiskan dengan gincu berwarna velvet plum seperti Clinique Pop Lip Colour + Primer in Berry Pop.”
The Bold Look
Video muzik Lush Life dalam versi country, Zara tampil dengan The Bold Look. Garisan mata yang lebih menggoda dan rona bibir yang merah hangat meningkatkan lagi mood seksi.
Mata : “Penggaris mata sahaja sudah boleh meningkat seri solekan dengan cepat. Selepas saya gariskan dengan Pretty Easy Liquid Eyelining Pen in Black, dengan lekok yang sedikit tinggi pada bahagian hujung mata, Zara dengan sendirinya mengambil pen tersebut dari saya dan tambah sedikit dramatik pada hujung garisan tersebut. Dia tahu apa yang dia suka dan apa yang dia mahukan.” kata Alice. Ambil contoh seperti Zara dan garis eyeliner seperti yang anda sukakan. Diikuti dengan beberapa lapis High Impact mascara, berfokuskan pada bahagian atas bulu mata. Penuhi kening anda dengan Just Browsing Brush-On Styling Mousse.
Pipi : Gunakan pemerah pipi yang berona lebih peachy menggunakan jari. Sapukannya pada bahagian tulang pipi yang lebih tinggi untuk menyeimbangkan dengan rona bibir.
Bibir : “Zara tahu apa yang dia mahukan pada bibirnya. Dia mahukan sesuatu yang statement. Jadi, sudah semesti jawapannya Clinique Pop Lip Colour + Primer in Cherry Pop. Rona merah ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Gincunya sahaja sudah agak creamy dengan kilauan yang lebih menyerlah.”
Tonton video muzik Zara Larsson melalui lagu Lush Life menerusi kolaborasi bersama Clinique di link ini.
http://www.clinique.com.my/cms/whats_new/pop_artistry.tmpl