Terjemahan : Khairul Abidin
Jika ada sesuatu yang mahu dipelajari daripada kisah cinta paling indah pernah tercipta ialah bila mana satu-satu pasangan itu tidak pernah menetapkan sebarang peraturan. Malah, semuanya tercipta secara bersahaja sepanjang kembara cinta mereka.
Cinta tanpa peraturan itu terbentuk daripada sokongan, kepercayaan dan komitmen, dan pastinya ia memerlukan pengorbanan dalam memastikan kestabilan dan keseimbangan dalam perhubungan- namun pastinya tiada jalan singkat.
Ikrar janji kedua belah pihak dalam perhubungan diperlukan agar ia terjalin bahagia, dan haruman terbaru Emporio Armani menyerlahkan takrifan perhubungan ini. ‘Stronger With You’, untuk lelaki, manakala ‘Because It’s You’, untuk perempuan menterjemahkan idea bagaimana pasangan mampu mencabar antara satu sama lain dalam segenap aspek hidup mereka, sama ada pada waktu suka mahupun duka.
Cinta yang membuatkan anda menjadi lebih kuat adalah cinta yang mendorong anda menggapai impian dan cita-cita anda biarpun anda berasakan mustahil untuk direalisasikan. Intipati haruman ini bagaikan ikrar dua jiwa yang akan sentiasa bersama saat sihat mahupun sebaliknya.
‘Stronger With You’ diramu dengan aroma rempah nan seksi seperti Cardamom, Pink Peppercorn dan Violet Leaves; ia seiring dengan ‘Because It’s You’, yang menerbitkan rasa segar hasil nota feminin lagi lembut seperti Ripe Raspberry dan Neroli.
Dalam bicara cinta ini, kami menemu bual power couple Malaysia; Sharifah Sakinah dan Aliff Adha, Marianne Tan dan Jared Lee, Izara Aishah dan Adib Khalid berkongsi bagaimana mereka cuba mencuri masa untuk bersama-sama di sebalik kesibukan masing-masing. Anda pasti terkejut bagaimana hubungan mereka kekal indah berbekalkan satu trik mudah!
Tonton video ini dan saksikan bagaimana mereka #TogetherStronger.