Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Estée Lauder
Jenama kecantikan yang terulung di dunia ini menampilkan kedai berkonsep pertama di dunia. Estée Lauder Malaysia memilih Sunway Pyramid untuk meletakkan butik konsep ini kerana berdasarkan golongan belia di lokasi ini membawa pengaruh besar kepada negara, yakni tempat yang paling sesuai untuk memulakan #beautyplayground Estée Lauder.
Ianya menggabungkan keseronokan, inovasi dan tawaran menarik dengan didedikasi oleh ‘Dream Team’ yang pakar dalam kecantikan yang bersedia penuh untuk mengubah dan meningkatkan kecantikan ke peringkat seterusnya. Ianya dikelilingi dengan elemen “It Girl” dan wajah Estée Lauder iaitu Kendall Jenner.
Kedai ini telah dilancarkan pada 26 November lalu oleh Paul Salvin, Pengarah Urusan Estée Lauder Malaysia Sdn Bhd, Jessy Kim, Senior Pengarah, Perkembangan Jualan & Jenama Estée Lauder Asia Pasifik dan Katrina Liew, Pengurus Besar Jenama Estée Lauder Malaysia.
Pelancaran di kedai konsep pertama Estée Lauder ini cukup lancar dan diikuti dengan lawatan di sekitar kedai dan solekan ilham Kendall Jenner oleh Leo Wong, jurusolek Estée Lauder global.
[soliloquy id="91486"]
Setiap wanita yang melangkah masuk ke #beautyplayground ini akan melalui transformasi di enam checkpoint kesemuanya.
Checkpoint 1 : Glow On
Yang mana di sini anda akan berbicara dengan pakar kecantikan terlatih dari “Dream Team” untuk mengetahui rahsia kulit cantik dan kanvas sempurna sebelum beralih ke bahagian checkpoint 2.
Checkpoint 2 : Glam Up
Di checkpoint ini pula anda akan mencuba pelbagai rona untuk mencipta gaya yang unik untuk diri anda.
Checkpoint 3 : Get Polished
Lengkapkan penampilan anda dengan melihat inspirasi seni kuku, mencuba rona penggilap kuku Estée Lauder, serta rona bibir.
Checkpoint 4 : Mix & Mingle
Anda boleh mencuba wangian terbaru atau melihat idea hadiah terbaik.
Checkpoint 5 : Strike A Pose
Di sini anda boleh mengambil selfie berlatarbelakangkan dinding digital yang anda boleh buat pilihan kegemaran anda untuk memperlihatkan penampilan anda bagi hari tersebut.
Checkpoint 6 : Chill With Kendall Jenner
Di checkpoint ini anda boleh mengetahui penampilan dan gaya terbaru Kendall Jenner serta produk kecantikan kegemarannya dengan iPad yang disediakan. Bahkan demonstrasi solekan bertema oleh “Dream Team” akan berlangsung di setiap minggu untuk terus memberikan inspirasi.
EH! turut melalui pengalaman di #BeautyPlayground dari Estee Lauder ini. Jom tonton video kami di bawah: