Gambar: Burberry
Kempen terbaru My Burberry menampilkan Kate Moss bersama Cara Delevigne berganding bahu bersama menjayakannya dengan dirakan oleh jurugambar terkemuka dunia, Mario Testino di ibukota London.
[soliloquy id=”81479″]
Ini adalah kali pertama dua selebriti jelita ini disatukan dalam sebuah kempen dengan menggayakan kot trench Burberry Sadringham. Kedua-dua mereka dipilih dalam kempen wangian My Burberry ini kerana keyakinan yang tinggi, bersikap optimistik dan individual dalam diri mereka.
Rekaan dari segi bentuk botol wangian My Burberry ini mengikut prinsip rekaan kot trench Burberry yang diperagakan oleh dua selebriti terkemuka dunia ini. Penutup botol wangian ini juga berprinsipkan daripada butang kot trench Burberry. Harumannya pula penuh estetika dan attitude yang merupakan suatu haruman yang unik dan penuh yakin sesuai dengan jiwa Kate Moss dan Cara Delevigne.