Oleh: Farhana Fuad
30 Disember lalu, SK-II dan EH! telah mengadakan Festive Gifting Party yang menampilkan Yuna di majlis tersebut. Seramai 30 pemenang peraduan SK-II x EH! yang dilangsungkan beberapa minggu sebelumnya melalui laman web EH! dan Instagram EH! Malaysia turut dijemput hadir ke majlis itu untuk menemui Yuna secara eksklusif.
Ketika majlis tersebut berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, pelbagai aktiviti menarik dijalankan selain sesi eksklusif bersama Yuna. Antara aktiviti yang dikelolakan adalah dekorasi bingkisan festive SK-II dan pemenangnya dipilih sendiri oleh Yuna. Pemenang bagi pertandingan ini turut mendapat hadiah istimewa dari SK-II dengan autograf Yuna yang menjadikannya lebih istimewa.
Yuna sebagai duta SK-II Malaysia turut mempersembahkan tiga buah lagu di majlis tersebut. Sesi temu bual bersama pengarang Majalah EH!, Khairul Abidin Ishak dan barisan wanita berpengaruh iaitu Fatimah Puteh, Debba Halil dan Yaya Zahir turut hadir menyerikan majlis serta melalui pengalaman mengenali jenama ini.
Buat penggemar hijab, sesi tutorial hijab turut diadakan bersama penata hijab Zura Ahmad yang memberi inspirasi kepada wanita yang berhijab masa kini dengan gaya yang moden serta sesuai untuk pelbagai acara berdasarkan tiga elemen SK-II iaitu Boldness, Encouragement dan Perseverance yang mewarnai botol edisi khas Facial Treatment Essence.
EH! kongsikan gambar di sekitar majlis SK-II x EH! Festive Gifting Party Bersama Yuna.
[soliloquy id="93066"]