Oleh: Farhana Fuad
Gambar : INGimage
Perkataan ibu itu sendiri sudah melambangkan kasih sayang, bertanggungjawab, penyayang dan mengasihani. Ibu adalah orang yang sentiasa ada tidak kira di waktu senang atau sukar. Hari Ibu muncul lagi. Mungkin kali ini hadiahkan si ibu dengan lebih keistimewaan dari tahun-tahun sebelumnya pasti buatkan si ibu gembira dan bangga dengan anak-anak yang sentiasa tahu dan ingat akan jasa-jasa mereka yang bergelar ibu.
EH! senaraikan hadiah yang istimewa buat hari ibu yang boleh anda jadikan hadiah kejutan buat mereka.
Esen Rawatan Wajah Ikonik SK-II dan SK-II Mid Day dan Mid-Night.
Dengan 90% Pitera, esen magis ini mampu mengembalikan kulit halus mulus seperti bayi. Penggunaan selama dua bulan sahaja, esen dari SK-II ini membantu kulit yang bermasalah untuk kembali sembuh sepenuhnya serta mencapai tahap di mana kulit seakan tidak pernah bermasalah dengan parut jerawat, kedutan, jeragat dan sebagainya. Kali ini, esen magis SK-II hadir dengan edisi terhad dengan pembungkusan botolnya yang direka khas oleh Po-Chih Huang. Botol magis SK-II direka berkonsepkan bunga ros berwarna merah jambu yang melambangkan kasih sayang dan kemesraan. Kini, edisi terhad esen rawatan wajah ini boleh didapati di pasaran pada harga RM579.
Gambar: SK-II
Demi merealisasikan impian kulit cerah berseri, esen rawatan SK-II Mid-Day dan Mid-Night adalah jawapannya. Ia mengandungi formula yang dirumus khas dengan kandungan Pitera dengan MoistureLock Complex serta partikel halus. Dengan dilengkapi Sodium PCA (Pyrrolidone Carboxylic Acid) iaitu merupakan satu komponen pelembap semulajadi yang memastikan kulit mendapat cukup lembapan sepanjang hari. SK-II Mid-Night mengandungi ejek penyejuk untuk menyejukkan kulit selepas kerosakan dari cahaya matahari sepanjang hari.
Gambar : SK-II
Untuk hasil yang lebih cepat dan berkesan, gunakan esen magis ini sebanyak lima kali setiap hari. Esen hebat ini akan mula berada di pasaran mulai 15 Mei ini pada harga RM232 setiap satu.
Set Lengkap Golden Iris serta Heavenly Divine dari L’OCCITANE
Aroma wangian dari bumi Grasse, Perancis ini terhasil serba haruman kebunga-bungaan. Kehebatan bauan hasil dari gabungan kelopak bunga, blackcurrant, citrus serta bunga iris pallida. Ditambah dengan haruman ylang-ylang serta pic putih. Bunga kasturi putih hadir melengkapi gabungan bunga-bungaan serta aroma kering dari kayu aras. Set lengkap ini berharga RM455.
- Iris Bleu & Iris Blanc EDT (75ml)
- Iris Bleu & Iris Blanc Shower Gel (250ml)
- Iris Bleu & Iris Blanc Body Milk (250ml)
Gambar: L’OCCITANE
Lengkapi set lengkap dari L’OCCITANE dengan set penjagaan kulit Heavenly Divine. Set lengkap ini mampu mengembalikan kulit halus mulus serta seri keremajaan. Formula yang dihasilkan dari set ini membantu dalam mengatasi masalah penuaan, kulit akan lebih lembut, anjal dan berseri-seri. Set lengkap ini berharga RM599.
- Divine Extract 30ml
- Divine Lotion 50ml
- Divine Eyes 3ml
Gambar: L’OCCITANE
Diskaun 20% koleksi Radley London
Bermula dari 1 hingga 10 Mei ini sahaja, Radley cawangan Pavilion Kuala Lumpur menawarkan 20% untuk setiap koleki hangat totes kulit dan dompet wanita, clutches serta beg tangan istimewa hanya buat Hari Ibu kali ini.
Gambar: Radley
Gambar: Radley