Apakah rahsia kecantikan aktres jelita ini? Ketahuinya di rencana ini.
Gambar: Arkib EH!
Aktres jelita ini seakan ada auranya yang tersendiri. Pabila orang ramai melihat raut wajahnya, ianya seperti tidak jemu dan punya tarikan pada dirinya. Sekaligus stail dan gayanya yang sentiasa up-to-date dan menjadi inspirasi ramai. Wajahnya yang cantik semula jadi serta tubuhnya juga langsing menawan.
Jadi, EH! secara eksklusifnya menemu ramah Nelydia Senrose untuk ketahui rahsia kecantikannya.
Bagaimana anda menghadapi hari yang mana kulit anda ada jerawat?
Sekiranya terlampau banyak penggambaran, saya akan stres dan jerawat mula muncul. Cara yang saya sering lakukan adalah dengan mencuci wajah dengan bersih kemudian meletakkan ubat gigi di tempat yang berjerawat. Ia berhasil pada saya!
Rahsia atau petua anda untuk kekalkan badan dan kulit yang sihat?
Minum banyak air dan ambil makanan yang berkhasiat. Ia pasti menguntungkan!
Alat solek mesti ada dalam beg anda?
Pemerah pipi dan bedak padat. Kedua-duanya dapat membantu menyerikan wajah dalam kadar segera.
Definisi gaya peribadi anda?
Saya sukakan gaya klasik dan elegan. Saya mengelakkan pakaian yang terlampau mendedahkan tubuh badan untuk tampil seksi, sebaliknya jika pakaian tersebut kena pada gaya dan tubuh badan, elemen seksi itu akan wujud sendiri.