Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage.com
Usah abaikan penggunaan face mist kerana ia sebenarnya banyak kebaikan untuk kulit serta rambut agar sentiasa segar dan bersih. Bagi sesetengah orang, mereka tidak dapat membezakan antara toner dan face mist kerana kedua-duanya seakan sama, namun fungsi face mist lebih cepat berkesan berbanding toner.
EH! kongsikan kebaikan menggunakan face mist.
Memastikan kulit hidrasi
Face mist membantu kulit wajah dalam mengekalkan lembapan yang cukup serta tidak kering. Dengan sekali semburan sahaja kulit akan segar kembali secara magis.
Juga bertindak seperti masker mini pada wajah
Semburkan face mist pada kapas wajah dan letakkan pada sekitar wajah yang sudah dicuci dengan bersih. Biarkan selama 10 minit. Kulit akan terasa lebih segar dan tiada lagi masalah kulit kering.
Pelengkap solekan
Ianya juga bagus dalam bertindak sebagai pelengkap solekan. Setelah selesai bersolek, amalkan dengan menyembur face mist pada wajah kerana ia membuat solekan tampak lebih kemas dan semulajadi.
Mengemas sikatan rambut
Selalunya kita akan menggunakan air untuk mengemaskan sikatan rambut, tetapi pernahkah anda cuba menggunakan face mist untuk kaedah yang sama? Hasilnya lebih kemas dari menggunakan air kerana impaknya tidak terlalu basah seakan air. Bahkan ia juga mempercepatkan rambut yang basah untuk kering.