LANCÔME MERAIKAN ULANG TAHUN KOLEKSI PENJAGAAN KULIT UNGGUL DAN MEWAH PERANCIS, ABSOLUE YANG KE-50.
Duta Lancôme Julia Roberts berbicara mengenai kolaborasi bersama jenama kecantikan mewah dan rahsia kulit menawannya.
KUALITI TERSENDIRI “Lancôme bangga menjadi satu jenama Perancis dan menghasilkan produk yang menawan dan berkualiti tinggi. Saya boleh berbicara mengenai keistimewaan Lancôme dan mereka yang bekerjasama dengan saya tanpa henti. Saya menjadi salah satu ahli keluarga Lancôme selain sebagai wajahnya sahaja,” ujar Julia.
KEAJAIBAN ABSOLUE “Produk Lancôme kegemaran saya buat masa ini ialah Absolue L’Extrait Rejuvenating Exilir. Ia melembapkan kulit kerana teksturnya yang lembut dan ringan.”
GLAMOR KEEMASAN
Kecantikan hadir dari dalam, dan dibuktikan oleh wanita-wanita berjaya berikut.
USIA KEEMASAN
WINNIE SIN, 51, PENGASAS RAFFLESIA
Winnie kekal berjiwa muda dengan pandangan positif terhadap kehidupan.
“Untuk lihat dan rasa muda, saya pastikan diri sentiasa gembira dan riang. Kejayaan bermakna memiliki karier atau tugas dengan penuh minat mendalam.”
PILIHAN WINNIE “Absolue Sublime Regenerating Oleo-Serum – kulit rasa lebih lembut, berseri dan segar selepas penggunaan.”
Absolue Sublime Regenerating Oleo- Serum
SALAMIAH HASSAN, 64, PENYANYI DAN ANAK ATILIA HARON, 41, PENYANYI
Ikatan kasih sayang menjadi ilham pasangan ibu-anak ini.
“Pabila saya melihat dia, saya melihat diri sendiri ketika muda. Saya berharap dia akan kekal melakukan sesuatu yang terbaik di dalam hidupnya seperti apa yang dilakukan sekarang.”-SALAMIAH HASSAN
PILIHAN SALAMIAH “Saya menggunakan Lancôme Absolue L’Extrait dan kulit rasa lebih anjal dan segar. Hasilnya cukup mengujakan.”
“Pertama kali saya melihat ibu menyanyi di pentas, saya tahu saya ingin melakukan perkara yang sama. Dia menonjolkan kehebatan, bakat, kelucuan dan keanggunannya.” – ATILIA HARON
PILIHAN ATILIA “Dengan Lancôme Absolue L’Extrait, kulit lebih berseri dan liang-liang pori juga semakin hilang.”
Absolue L’Extrait Ultimate Beautifying Lotion
Absolue L’Extrait Concentrate-Elixir De Regeneration
Absolue L’Extrait Elixir De Regeneration Ultime
HATI KEEMASAN
YASMIN RASYID, 40, PENGASAS ECOKNIGHTS
Didorong oleh cinta terhadap alam sekitar, Yasmin melihat kecantikan sebagai aura positif yang dipancar daripada dalam.
“Kecantikan bermaksud anda gembira dengan diri sendiri dan gembira dengan orang sekeliling. Kita perlu tahu bagaimana untuk berhenti dan tidak terlalu tegas dengan diri sendiri.”
PILIHAN YASMIN “Selepas menggunakan Lancôme Absolue Yeux Precious Cells Advanced Regenerating and Repairing Eye Care, saya dapati garis-garis halus berkurangan.”
Absolue Yeux Precious Cells Advanced Regenerating and Repairing Eye Care
Absolue Nuit Precious Cells Advanced Regenerating and Repairing Night Care
KESERIAN KEEMASAN
CELEST THOI, 39, PEREKA GAUN PERKAHWINAN TERKENAL
Pereka fesyen ini berbicara mengenai keserian dalaman.
“Saya percaya kepada keserian dalaman yang mana kecantikan tidak boleh dibeli mahupun dibuat-buat. Ia tidak ternilai. Sikap positif seseorang individu amat menarik dan saya gemar disekelilingi oleh aura begitu.”
PILIHAN CELEST “Lancôme Absolue L’Extrait ultimate Regenerating Eye Contour Ritual sesuai untuk mata sembap. Hasilnya nyata keesokan hari!”
Absolue L’Extrait Ultimate Regenerating Eye Contour Ritual
PELUANG KEEMASAN
THANUJA ANANTHAN, 30, MODEL
Hargai peluang berharga kehidupan, ujar IT girl ini.
“Saya bersyukur setiap hari; memiliki semuanya bermakna sentiasa rasa gembira. Apa yang penting kepada saya ialah mereka yang tersayang, belas kasihan, hati yang baik serta kesihatan.”
PILIHAN THANUJA “Selepas menggunakan Lancôme Absolue Nuit premium BX Regenerating and Replenishing Night Care hanya dalam masa lima hari, kulit ternyata lebih lembut dan tampak lebih baik.”
Absolue UV Precious Cells SPF 50PA++++
Absolue Nuit Premium BX Regenerating and Replenishing Night Care
Absolue Yeux Premium BX Regenerating and Replenishing Eye Care
KESERIAN BAHARU
Lancôme Absolue Precious Oil merupakan langkah pertama anda untuk keserian lebih menawan.
Mengandungi keajaiban gabungan minyak pati bunga mawar dan minyak tujuh tumbuhan berharga, pati minyak ini mengembalikan kecantikan kulit. Pantulan cahaya pada permukaan kulit memberikan anda penampilan lebih berseri bak keserian keemasan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.lancomemy.com/absolue