Gambar: SK-II
Pabila disebut sahaja tajuk filem Carol, sudah pastinya terbayang difikiran dek lakonan Cate Blanchett yang ternyata hebat dalam membawa watak Carol Aird iaitu seorang wanita yang sudah berusia dan lebih cenderung berhubungan dengan seorang wanita.
Cate turut tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk anugerah Oscars 2016 yang berlangsung semalam di Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles. Ketika hadir di hamparan merah, Cate sentiasa menjaga kulit wajahnya agar kelihatan cantik semula jadi dan tidak hanya bergantung pada solekan.
Cate tampil di karpet merah Oscars dengan rekaan busana berona hijau firus Armani Prive yang berperincikan bulu dan kristal serta solekan lembut untuk mengetengahkan kulitnya secara semula jadinya cerah berseri kesan penggunaan produk SK-II yang sudah sekian lama.
Ikuti persediaan Cate Blanchett untuk karpet merah bersama jurusolek Jeanine Lobell.
Langkah pertama untuk mendapatkan kulit cerah berseri bagi Cate ialah produk SK-II yang tidak boleh ditinggalkannya, SK-II Facial Treatment Essence.
“Selama bertahun-tahun saya telah mengatakan tentang kesan hebat ‘air ajaib’ ini terhadap kulit saya. Setelah menggunakan SK-II Facial Treatment Essence selama 15 tahun saya mampu berkata bahawa ia telah mengubah keadaan kulit saya, namun juga mengubah masa depan kulit saya.”
Langkah berikutnya untuk memastikan kulit Cate berada pada tahap terbaik ialah SK-II Facial Treatment Oil baru yang menawarkan pelembapan segera dan intensif hasil daripada minyak semulajadi yang digabungkan dengan bahan unik SK-II, Pitera.
“Ia adalah satu daripada produk yang amat melembapkan yang pernah saya guna. Hanya beberapa titisan sudah mampu menjadikan kulit saya lembap dan seseorang boleh menyapu mekap ke atasnya dengan segera.”
Pengenalan Cate dengan jenama SK-II adalah melalui rangkaian pemutihan dan penggunaannya telah berkembang tatkala ia menjadikan kulitnya cerah berseri.
“Saya cuba untuk duduk di bawah cahaya matahari semasa musim panas tetapi seseorang itu masih perlu mendapatkan vitamin D! Saya cuba menjadikan rejimen penjagaan kulit saya lebih ringan semasa musim panas dengan produk yang efektif, terutamanya SK-II GenOptics Aura Essence, yang menjadikan kulit saya lembap dan begitu cerah.”
Sejak dilancarkan pada 2015, jurusolek Cate yang dipercayai, Jeanine Lobell, telah menggunakan pelembap SK-II R.N.A, rangkaian anti-penuaan SK-II yang paling hebat untuk kulit tampak lebih muda dan kenyal bagi memastikan kulit Cate sedia untuk dimekap.
“Apabila tiba masanya untuk menyapu lapisan asas, saya campurkan beberapa tiitsan Facial Treatment Oil baru yang melembapkan kulit Cate serta-merta, menjadikan ia berseri,” kata Jeanine. “Memiliki asas yang baik untuk mekap adalah penting untuk mendapatkan hasil akhir yang baik.”
Sebelum Cate bergerak ke karpet merah, Jeanine memastikan mekap Cate kelihatan sedia dan memastikan ia lembap dengan SK-II Mid-Day Miracle Essence yang membolehkan kulit mendapat Pitera di mana sahaja anda berada.
“Saya sapukan Mid-Day Miracle Essence di atas mekap untuk memastikan ia kelihatan berseri dan lambap,” kata Jeanine. “Ia adalah bahan yang penting bagi saya kerana ia menghalang mekap daripada mengeras. Ia sangat sesuai untuk peringkat akhir di atas karpet merah.”
Tonton video Duta Global SK-II, Cate Blanchett bersama jurusolek pilihannya Jeanine Lobell.
https://www.youtube.com/watch?v=MnbOlx6n7zI
Untuk informasi lebih lanjut mengenai produk SK-II dan kempen SK-II #ChangeDestiny , layari www.sk-ii.com.