Gambar: Arkib EH!
Dia sememangnya bertuah kerana dianugerahkan bentuk badan yang langsing. Ditambah pula dengan rambutnya yang lebat, terurus cantik dan ronanya hitam pekat menyempurnakan lagi penampilannya yang cukup feminin. Ingin tahu cara selebriti jelita ini menjaga kecantikan secara menyeluruh?
Topik berkaitan: Tip Cantik Fazura
EH! secara eksklusifnya menemu bual Fouziah Gous untuk berkongsi tentang tip cantik yang dia amalkan setiap hari agar tampil menawan dan cantik berseri sentiasa.
Topik berkaitan : Tip Cantik Lisa Surihani
1. Setiap pagi pabila melihat diri anda di cermin apa yang anda fikirkan?
Adakah kulit saya lembap? Kerana setiap malam sebelum tidur saya akan mengoles pelembap kerana kulit saya agak kering.
2. Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Biasanya untuk penggambaran, rambut saya sering digayakan dengan pelbagai gaya dan kadang kala gayanya kekal begitu sehingga malam menyebabkan rambut saya menjadi kasar dan melekit kesan penggunaan produk penggayaan rambut. Situasi ini ada kalanya buat saya stres. Jika mempunyai masa saya akan ke salon mendapatkan rawatan rambut secepat mungkin.
3. Cara terbaik untuk mengawal selera makan?
Makan saja apa yang anda mahu cuma kurangkan kuantitinya.
4. Boleh kongsikan sajian yang anda ambil setiap hari?
Pagi saya akan ambil nasi lemak. Tengah hari nasi campur dan malam saya akan ambil sesuatu yang lebih ringan seperti sup atau pasta.
5. Apakah nasihat anda buat mereka yang baru mula-mula cuba bersolek?
Jangan beli sebelum tahu produk itu sesuai untuk anda atau tidak. Elakkan bersolek jika kulit sudah cantik, bimbang ia akan merosakkan kulit.
6. Bagaimana anda melalui hari yang mana anda berasa ‘I don’t think I look good’?
Saya akan mencari kaca mata hitam, dan memakainya. Jika saya alami ‘bad hair day’ saya akan sanggulkan rambut, itulah kelebihan berambut panjang. Selain itu jika mempunyai masalah kulit wajah pula, saya akan cari jalan lain selain solekan. Bagi saya solekan hanya memudaratkan kulit bukan merawatnya.