Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Bulgari
Gaya harian anda tidak lengkap jika tanpa semburan haruman minyak wangi yang menambahkan lagi aura feminin dalam penampilan seorang wanita.
Bulgari, jenama haruman wangian terkenal di seluruh dunia tampilkan haruman beraroma serba feminin lembut memukau menyuntik misteri tersendiri.
Koleksi Omnia dari Bulgari dicipta dengan aroma dan magis yang melambangkan salah satu keajaiban Brazil; Omnia Paraiba.
Harumannya yang segar seolah membawa anda terus ke Amazon dan seterusnya ke air terjun Iguazu, seni bina Salvador ke dekorasi futuristik Brasilia, persisiran pantai Rio, alam semula jadi Brazil yang mempesona berbumbung langit biru terbentang luas.
Nyata haruman Omnia menyerlahkan sensasi tropika yang segar dan sensual dalam masa yang sama. Omnia dilengkapi dengan nota asas dari sumber Curacao Bigarade Orange serta buah markisa Maracuja. Seterusnya, koleksi Omnia turut direka dengan nota jiwa berkarakter Gardenia diselitkan nota buah-buahan eksotik dari Passion Flower.
Keharumannya turut disertai dengan nota asas bercirikan biji koko yang membawakan mood elegan, woody dan elemen hipnotik kepada aroma biji koko.
Setiap semburan Omnia membebaskan aroma semula jadi segar ke atas penampilan yang serba feminin dan bercitarasa penuh mewah dan bergaya.