Berlangsung di Malasia International Trade and Exhibition Center (MITEC), L’Oreal Profesionnel kembali dengan Style & Trophy 2019 bersama beberapa kategori anugerah dalam satu majlis yang meriah dan ekstravaganza!
Merupakan satu majlis pertandingan dandanan paling lama bertahan sehingga ke hari ini, L’Oreal Professionnel Style & Color Trophy meraikan ulangtahun yang ke-110 seterusnya mencalonkan jurudandanan terbaik buat tahun ini. Majlis hari itu dimeriahkan oleh 1000 hadirin dari L’Oreal Professionnel Artistic & Influencer Ambassadors, ID Artists, rakan media dan selebriti dalam satu majlis yang gilang-gemilang.
Dimulakan dengan pencalonan ID Artist dan Artistic Ambassadors, diikuti dengan katagori lain seperti Young Talent, Men’s Category dan Style & Color Trophy. Majlis malam itu turut dihiburkan dengan persembahan istimewa Jason Fassbender yang merupakan salah seorang jemputan artis antarabangsa dari Australia. Tambahan pula, model juga menggayakan koleksi dari pereka fesyen Jovian Mandagie dan Beatrice Loo.
Seperti biasa L’Oreal Professionnel Style & Color Trophy akan mengetengahkan model dari seluruh negara bersama jurudandan mereka untuk ketengahkan satu stail dan gaya rambut yang unik dan menarik, sementara itu para tetamu yang hadir dapat cuba dan terokai produk dan teknologi canggih di beberapa booth yang ada antaranya Lancome, Dyson, kereta mewah dari Naza dan banyak lagi.
People’s Choice Award dan Style & Color Trophy 2019 malam itu menjadi milik Oscar Lee Juin dari Elle Hair Studio. Tempat kedua dimenangi oleh Herry Eng Khim Tatt dari Maxstyle Hair Salon & Acadamy dan tempat ketiga Tian Sheng dari Garçons Privè Salon. Buat katagori lelaki pula ia dimenangi oleh Jacky Low Kok Thai dari You & Me Hair & Beauty salon. Juara Oscar Lee Jiun turut menjadi wakil Malaysia untuk bertanding di Paris bersama 32 peserta dari negara lain untuk meraih lapan anugerah dan berjaya memiliki satu darinya iaitu Young Talent Award.