Usah abaikan perkara remeh dalam rejim penjagaan kulit demi kesihatan serta kecantikan kulit yang berpanjangan.
Serum Pilihan EH!
Capsulized Ginseng Fortifying Serum
Sejak dari tahun 1966 lagi peneraju produk penjagaan kulit yang terkemuka Sulwhasoo sudah mengkaji ginseng Korea secara menyeluruh melalui penyelidikan Ginsenomic™.
Setelah bertahun kajian dijalankan dan dengan adanya teknologi terkini yang membantu dalam penghasilan, Sulwhasoo berjaya mengekstrak khasiat aktif daripada ginseng yang merupakan bahan utama dalam pembuatan serum hebat ini.
Hasilnya, Sulwhasoo menampilkan Capsulized Ginseng Fortifying Serum yang sememangnya satu magis buat semua jenis kulit. Kehebatan serum ini boleh dilihat melalui perubahan ketara pada kulit dengan begitu cepat dan pantas.
Hakikatnya, seramai 1000 orang wanita di Korea telah menggunakannya dan hasilnya amat memuaskan. Serum hasil sebatian ginseng ini mampu melambatkan proses penuaan, mengembalikan kesegaran kulit dan keserian kulit yang menyerlah. Bahkan, kulit wajah akan kekal keremajaan, anjal, segar dan cerah sekata.
Krim Mata Pilihan EH!
Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream
Semakin lanjut usia kita, kulit di sekitar mata akan mula kelihatan mengedut serta hilang keanjalannya. Bentuk mata kita juga akan turut berubah mengikut struktur kulit. Jadi, demi mengatasi dan melambatkan perkara ini berlaku, Sulwhasoo bawakan krim khas untuk bahagian mata agar ianya tampak lebih awet muda dan tiada sebarang kedutan.
Dengan ekstrak kekuatan dari herba ginseng, krim mata dari Sulwhasoo ini mampu melembutkan kulit di bahagian kedutan. Bahkan, ianya mampu meningkatkan elastik kulit dan menebalkan epidermis kulit. Kulit di sekeliling mata akan lebih tebal, gebu dan anjal.
Kedua-dua produk pilihan EH! ini kini di pasaran pada harga RM520 sebotol untuk Capsulized Ginseng Fortifying Serum dan RM590 untuk Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream.
*Anda boleh menebus sampel kit Ginseng Discovery secara percuma dengan mendaftar masuk di laman Facebook Sulwhasoo Malaysia. Sah hanya sehingga 31 Mei ini sahaja. |