Penuaan adalah proses yang normal namun disebabkan oleh gaya hidup dan habit yang tidak menyihatkan, rata-rata ramai yang tampak lebih berusia daripada umur sebenarnya.
Mengapa ini berlaku? Semuanya kerana pemilihan makanan kita yang salah. Selain daripada bersenam, tidak merokok, tidur awal dan minum air dengan cukup, makanan yang sihat dan seimbang memainkan peranan penting. Jika tersalah langkah dalam pemakanan, bukan sahaja berat badan meningkat, rupa juga tampak lebih tua.
EH! senaraikan lima jenis makanan yang perlu dikurangkan agar penampilan lebih berseri selain kulit tampak cantik seakan-akan 10 tahun lebih muda.