Nampaknya aktres manis, Nelydia Senrose telah berjaya disunting oleh satu lagi produk kecantikan dan jenama kosmetik dari Britain, COLLECTION. Sebagai duta rangkaian produk yang mula dipasarkan di Malaysia ini, Nelydia yang juga seorang gadis yang ceria dan sering tampil menawan adalah pilihan yang tepat jenama ini yang mengetengahkan warna-warna indah menepati citarasa golongan muda sepertinya.
“Saya percaya bahawa tiada batasan dalam solekan dan saya gembira dapat mewakili sebuah jenama kosmetik antarabangsa yang menggalakkan wanita untuk bereksperimen dan bergembira dalam menghasilkan gaya mereka yang tersendiri.” kata Nelydia di majlis pelancaran baru-baru ini.
“Pada saya, solekan menonjolkan keunikan masing-masing dan bukan menyembunyikannya. Saya mengekspresikan personaliti saya dengan menggayakan solekan mata dan bibir,” jelasnya yang turut kagum dengan tawaran harga rangkaian COLLECTION yang amat berpatutan.
Bagi gadis kolej seperti Nelydia, tentunya rangkaian kosmestik sebegini adalah berita baik yang memenuhi gaya hidup mereka untuk sentiasa tampil bergaya dan yakin kala ke kuliah dan juga bersantai bersama teman.
Jenama yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun ini digemari wanita yang berani berfesyen dan bereksperimen dengan warna untuk menghasilkan gaya tersendiri setiap hari. Dengan slogan “Work the Colours”, COLLECTION menawarkan kosmetik berkualiti yang diilhamkan daripada trend terkini pada harga yang berpatutan beserta kualiti terbaik. Rangkaian kosmetik warna-warni COLLECTION boleh didapati di Watsons dan butik F Block.
Istimewa buat peminat Nelydia, anda berpeluang bertemu dengannya pada 21 Jun 2014 mulai jam 11 pagi hingga 2 petang di Gallery, Citta Mall, Ara Damansara. Pelbagai aktiviti menarik termasuk peraduan pakaian terbaik, sesi solekan dan beramah mesra dengan Nelydia.