Oleh: Farhana Fuad
Gambar: SK-II
Adakah anda seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap kecantikan dan gemar berkongsi pengetahuan tentang kecantikan? SK-II jenama penjagaan kulit unggul mempersembahkan Beauty Bound Asia di laman web Youtube mencari seorang yang berbakat dalam mencipta kecantikan secara digital dan online.
Ianya merupakan peluang keemasan untuk anda berinteraksi serta belajar dari pakar kecantikan, jenama besar dan pakar dalam bidang digital. Cabaran yang akan dilalui adalah berasaskan masa, program mentor dan bengkel yang diadakan oleh pengaruh kecantikan terbesar di Asia serta pakar industri.
Program pencarian ini diadakan sebagai inisiatif untuk mengetengahkan dan membentuk generasi baru pakar kecantikan online. Ianya terbuka kepada warga di 11 bandaraya metropolitan termasuk Tokyo, Seoul, Osaka, Taipei, Hong Kong, Manila, Bangkok, Kuala Lumpur, Singapura, Jakarta dan Sydney.
Youtube serta bintang Youtube terkenal akan terlibat memberikan sokongan kepada program ini dengan menawarkan bengkel kemahiran untuk finalis Beauty Bound Asia. Mewarnai kempen ini adalah Michelle Phan, ratu kecantikan di Youtube memiliki lebih 7.8 juta pengikut di Youtube dan 1.9juta di Instagram. Michelle merupakan nadi kreatif disebalik Beauty Bound dengan mencipta idea untuk cabaran kecantikan. Bahkan, Michelle juga akan menjadi mentor serta hakim bagi finalis dari setiap bandar di Tokyo.
Selain dari Michelle Phan, antara pakar kecantikan lain yang akan turut sama memberi sokongan sebagai jurulatih adalah Sasaki Asahi dari Jepun, Calary Girl dari Korea, Momay dari Thailand dan Wengie dari Australia. Jadi, jangan lupa untuk sertai peluang keemasan ini jika anda layak untuk menyertainya. Berikut adalah informasi yang perlu anda ketahui.
Untuk menyertai Beauty Bound Asia atau maklumat lanjut sila layari beautyboundasia.com