Fenomena yang berlaku dalam dunia media maya masa kini banyak mengubah gaya hidup masyarakat di seluruh dunia. Kelahiran ramai bintang Youtube dengan pelbagai genre seperti kecantikan, fesyen dan gaya hidup memberi satu platform untuk Gen-Y tampil lebih menyerlah, bersinar dan popular dalam landasan media sosial seperti Facebook, Youtube, Instagram dan Twitter.
Bertempat di Ruyi & Lyn, Bangsar Shopping Centre, 3 Oktober lalu, ‘Beauty Bound Asia’ dikuasakan oleh SK-II meneruskan pencarian bintang Youtube yang akan mewakili Malaysia ke peringkat Asia Finals di Tokyo, November ini. Seramai 29 peserta hadir di peringkat National Finals ini untuk mengikuti bengkel kecantikan dan juga cabaran hackathon yang menyerlahkan bakat persembahan masing-masing.
Hanya dua peserta yang terdiri dari bakal bintang Youtube dan vloggers ini berpeluang untuk memenangi tempat ke Asia Finals nanti. Penglibatan majalah EH! diwakili oleh Editor Pengurusan Izza Safinaz Ibrahim yang berkongsi pengalamannya dan tip menarik mengenai hubung kait dunia fesyen dengan kecantikan sebagai bekal pengetahuan peserta menjadi personaliti media sosial yang mantap.
Istimewa lagi, jurusolek terkemuka Khir Khalid turut berkongsi kepakarannya serta membuat demonstrasi solekan terkini. Berbekalkan pengetahun yang dihimpun sepanjang bengkel ini mereka diberi tugasan untuk menghasilkan teknik solekan ‘No make-up, make-up look’ dalam bentuk video berdurasi 5 minit yang akan dinilai untuk ke peringkat akhir nanti selain satu lagi cabaran online iaitu Cabaran Unboxing untuk peserta merakam reaksi mereka ketika membuka kotak misteri dan memuat naik klip ini di akaun media sosial masing-masing.
Year-end gift giving bakal tiba menjengah anda tidak lama lagi. Pasti anda tidak sabar untuk memberikan hadiah yang istimewa untuk sahabat dan keluarga. Ini lah masanya untuk anda miliki produk eksklusif dari SK-II bernilai RM1,000 setiap satu. Jom! Sertai peraduan ini sekarang sebelum tarikh tutup pada 28 Oktober 2015.
*Peraduan berlangsung sehingga 28/10/2015