Annick Goutal mengumpul beberapa selebriti popular Malaysia dalam meraikan ‘wajah’ baru haruman ikoniknya, Petite Cherie, kolaborasi bersama Claudie Pierlot.
Petite Cherie menjadi haruman paling ikonik dan khabarnya antara paling laris di bawah payung label Annick Goutal. Haruman kelahiran jenama yang berasal dari kota Paris itu kini menjalin kolaborasi dengan label fesyen Claudie Pierlot dalam menghasilkan bungkusan yang lebih eksklusif.
“A cheek you want to kiss” itulah tafsiran mendiang Annick Goutal tentang haruman ini. Claudie Pula menganggap Petite Cherie sebuah aroma yang menggambarkan kegembiraan dan keseronokan gadis muda.
Dalam meraikan ‘wajah’ baru Petite Cherie, Aniick Goutal menganjurkan Petite Cherie Tea & Pamper Party yang mana acara eksklusif ini mengumpul barisan selebriti popular Malaysia untuk memanjakan diri dengan urutan tangan, mewarna kuku (bersama Nail On Wheels) dan pastinya mendekati haruman yang sarat lemen feminine ini.
Antara selebriti yang hadir menyerikan parti ini ialah Anzalna nasir yang hadir bersama adiknya yang juga aktres muda, Mia nasir, Marion Caunter, Bella Daly, Tiz Zaqyah, Betty Rahmad, penyanyi Kaka Azraff juga pelakon yang baru menimang cahaya mata, Sharifah Sakinah. Di parti ini turut dilancarkan hair mist istimewa beraroma sama. Manis baunya. We love it!
Ken Lim, pengasas Ken Apothecary di majlis itu berkongsi, “Petite Cherie adalah haruman Annick Goutal paling popular di Malaysia dan juga paling laris. Kalau diperhatikan, kolaborasi ini juga menunjukkan semangat patriotik orang Perancis, ia hadir dalam tiga warna saja iaitu biru, merah dan putih,sama seperti warna bendera Perancis.”
Annick Goutal Petite Cherie (edisi istimewa bersama Claudie Pierlot), RM885 (100ml)
Annick Goutal Petite Cherie Hair Mist, RM279 (50ml)
Bukan sekadar harum ia juga punya vitamin B5 serta asid amino yang melembut, menyubur dan melindungi rambut dari pencemaran.