Tampil bergaya dengan stail segar, Scha antara selebriti tempatan yang bijak mengadun cita rasa dengan trendnya. Dari segi penjagaan kecantikan ibu kepada Lara Alana ini memang punyai kulit yang halus menawan bebas dari sebarang masalah buatkan ramai terpegun dan ingin tahu rahsianya. EH! secara eksklusif menemu bual Scha Alyahya untuk mendapatkan tip dan rahsia cantik aktres jelita ini.
1. Apa maksud cantik bagi anda?
Cantik selalu dilihat dari luaran. Persepsi saya pula, cantik itu meluas. Real and natural. Tetapi paling penting adalah kecantikan luar dan dalam kerana ia datang dan lahir dari hati. Tambahan pula, ia turut merangkumi pembawaan, kekuatan dan keyakinan yang ada dalam diri anda.
2. Setiap pagi pabila melihat diri anda di cermin, apa yang anda fikirkan?
Saya semakin tua! But it’s a good thing, I don’t complain.
3. Bagaimana anda melalui hari yang mana anda berasa ‘I don’t think I look good’?
Sebenarnya hampir setiap hari. Banyak perkara yang saya rasa tidak sempurna namun saya tidaklah terlalu memikirkannya. Asalkan, I have a good day rather than look good.
4. Apakah pujian tentang diri anda yang sering orang sekeliling berikan?
Saya tidak tampak besar seperti yang ditonton menerusi kaca televisyen.
5. Anda punya sebarang nasihat bagaimana wanita boleh meningkatkan keyakinan mengenai penampilan mereka?
Setiap insan dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri yakni tidak semua individu memiliki apa yang kita ada. Hargai kelebihan syukur dan berpuas hati dengannya. Perasaan ini akan menerbitkan keyakinan.
6. Siapakah ikon cantik anda?
Permaisuri Rania.
7. Bagaimana peningkatan usia memberi kesan kepada diri anda?
Kesannya amat ketara pada fizikal. Contohnya, muka saya mudah tampak lesu walhal sebenarnya tidak. Kewujudan kantung di bawah mata dan lingkaran gelap membuat kita nampak penat. Justeru, juga kesihatan diri. Amalkan gaya hidup sihat. Minum air kosong dan tidur secukupnya.
8. Rahsia anda untuk kekal tampak muda?
Tiada rahsia. Mungkin laugh a lot and worry less. Penting untuk selalu berfikiran terbuka dan positif.