Serba baharu, Shiseido mahu anda alami penggunaan asas solekan yang berinovatif, kekal sepanjang hari biar dalam apa sahaja situasi #InSyncAllWays.
Tidak perlu lagi ditambah atau dikemaskan, jenama solekan dari Negara matahari terbit ini mahu anda terokai olesan asas yang sentiasa ‘sync’ dengan keadaan kulit anda. Bukan satu tetapi tiga produk berinovasi ini tampil dengan teknologi yang sama; Synchro Skin Self-Refreshing Foundation, Synchro Skin Self-Refreshing Cushion Compact dan Synchro Skin Self-Refreshing Concealer dirumus dengan intipati ActiveForce™ Technology kesemuanya. Tiga item utama yang bakal jadi langkah paling effisien selepas aplikasi penjagaan dan sebelum bersolek.
https://www.facebook.com/EHMalaysia/videos/2222328701204566/
Ogos lepas team EH! telah berkesperimen dengan item magis ini pada tiga jelitawan Jasmine Suraya, Azira Shafinaz dan juga Cik Manggis dalam satu pengambaran video durasi satu minit buat paparan di media sosial bulan ini, hasil tangan Emmy Agung, Sahir Sabri dan Ummi Nasir pada mereka tampak seamless, bersinar dan kemas. Ini adalah kerana teknologi ActiveForce™ yang pintar dalam menyesuaikan diri dengan kondisi kulit untuk tampil flawless dari siang hingga ke malam.