Hanya satu perkara yang menjadi keutamaan Peter Phillips semasa menghasilkan rangkaian Dior Backstage bersama pasukan jurusolek profesional rasmi Dior, dia mahukan solekan yang mudah digunakan, “Saya mencipta semula setiap produk solekan dalam rangkaian ini buat mereka yang mahu hasil kemasan seperti sentuhan profesional tetapi dengan menggunakan satu item yang mudah diguna”. Hasilnya terbukti semasa sesi peragaan Dior Cruise 2020 di Marrakesh, Morocco dimana kesemua model yang dibariskan tampil dengan solekan yang sempurna dan kekal berseri biarpun dibalik cuaca panas.
EH! terokai kesemua rangkaian yang disenaraikan dan kenali setiap tekstur, warna dan kemasanya pada lima belas jejaka dan jelitawan, antaranya adalah model, selebriti dan bintang media sosial untuk buktikan bagaimana ia menyamar ketidaksempurnaan kulit dan bagaimana pula palet warna bibir dan mata yang diketengahkan memberi sinaran yang sempurna pada wajah. Dior Backstage ada kesemuanya!