Teks : Razin Mohd
Dalam pelbagai pilihan bedak asas dan penyerlah yang sedia ada, Shiseido tampil selangkah kehadapan dengan teknologi sinkronisasi kondisi, warna dan tekstur kulit wajah dengan #Synchroskin.
Setiap wanita punya criteria tersendiri dalam pemilihan bedak asas. Apa yang di pasaran tidak kesemuanya selesa bila diaplikasikan pada wajah, ada yang mahu liputan penuh dan pusam namun memberi impak kulit yang kering, ada juga yang mahu kulit kelihatan lembap dan berseri tetapi memberi rasa rengsa pada kulit. Shiseido meneliti masalah ini dan tampil dengan resolusi baharu buat kulit berseri dan sempurna biarpun dalam tema solekan #nomakeupmakeuplook.
Dalam mendapatkan solekan yang sempurna walau dalam masa yang singkat EH! menampilkan dua selebriti, Raysha Rizrose dan Daiyan Trisha dalam mendapatkan solekan yang sempurna kemas dan berseri dalam sepantas mungkin! Biarpun dalam waktu yang singkat, ternyata mereka berdua #nailedit hanya dengan menggunakan dua produk magis daripada Shiseido iaitu Synchro Skin Glow Luminizing Fluid Foundation dan Synchro Skin Illuminator.
SYNCHRO SKIN ILLUMINATOR & SYNCHRO SKIN TINTED GEL CREAM [BAHARU]
HARGA RM130 UNTUK ILLUMINATOR DAN RM150 UNTUK TINTED GEL CREAM
Dirumus bersama bahan penjagaan kulit wajah iaitu air mineral dari kawasan pergunungan Kirishima, Jepun bagi menjanjikan perlindungan dan penjagaan tiap kali aplikasi. Sama seperti bedak asas Sychro Skin Glow ia turut hadir dengan Response Sensory Technology yang secara langsung menyuaikan diri dengan keadaan kulit wajah anda.
Kami di EH! amat yakin bahawa penggemar penyerlah (highlighter) akan jatuh cinta dengan Illuminator baharu daripada Shiseido ini kerana teksturnya ringan dan juga turut membekalkan empat jam penghidratan dan lapan jam kilauan pada wajah.
Selain menghasilkan solekan yang lebih berseri dan sihat ia juga memberi keselesaan tiap kali dioles pada wajah, lebih menarik apabila penyerlah jenis cecair ini akan bertindak mengikut kesesuaian kondisi, warna dan tahap lembapan kulit anda.
*Synchro Skin Tinted Gel Cream tampil dengan lima warna manakala Illuminator tampil dengan dua jenis warna Pure Gold dan Rose Gold.
SYNCHRO SKIN GLOW LUMINIZING FLUID FOUNDATION
HARGA RM170.00
Bedak cecair pintar ini memberi perlbagai manfaat kala mengaplikasikannya pada wajah, bukan sahaja melindungi ketidaksempurnaan kulit, kesihatan kulit wajah anda juga turut terpelihara. Dengan teknologi self-hydrating power, bedak cecair ini membekalkan kelembapan dan juga menyalurkan khasiat yang diperlukan pada kulit sepanjang hari.
Tidak hanya menyamarkan cela di wajah, ia turut memberi kilauan yang sihat berseri. Lihat sahaja kulit Rasya selepas mengolesnya, wajah terus tampak lebih #flawless dan #glowing biarpun tanpa kandungan minyak di dalamnya.
Syncho Skin Glow Luminizing Fluid Foundation juga tampil dengan Response Sensory Technology, yang mana ia menyuaikan diri dengan keadaan kulit dan memberi hasil kulit yang lebih sihat, lembap dan berseri. Apa yang pasti, ia bakal jadi item perangsang buat keyakinan anda sebelum melangkah keluar.
*tampil dengan perlindungan SPF 20 dan 13 jenis warna untuk anda miliki!