Oleh: Farhana Fuad
Ingin ke spa tetapi tidak punya waktu akibat kesibukan harian? Mungkin anda boleh amalkan beberapa rutin penjagaan kecantikan dan tubuh di rumah secara DIY. Kini ada pelbagai produk yang membolehkan anda untuk mengecapi pengalaman seolah berada di spa terkemuka.
Jom cuba beberapa pilihan daripada Bliss, ianya termasuklah penjagaan wajah, waxing, urutan serta banyak lagi rawatan buat tubuh badan. Bliss merupakan produk spa di rumah yang bakal membuatkan tubuh kembali segar dan mulus selepas setiap sesi.
Wajah
Fabulous | Set penjagaan wajah secara menyeluruh ini adalah jawapan kepada masalah kulit yang berminyak, liang pori terbuka dan banyak lagi. Menjanjikan kulit sentiasa berseri dan dicuci dengan bersih hingga ke liang pori agar tidak mengundang sebarang masalah kulit. Hadir dengan pencuci wajah, toner wajah, krim mata dan losyen wajah dengan spf 15. |
Triple Oxygen | Setelah seharian wajah dilitupi dengan solekan yang mampat, pastinya kulit perlukan oksigen untuk bernafas dengan cukup agar ianya tidak mengundang pada masalah jerawat. Hadir dengan masker wajah serta masker bawah mata untuk berikan energi dan oksigen pada kulit. |
Fabulips | Kembalikan kemerahan bibir bak delima dengan belaian spa untuk bibir yang boleh dilakukan sendiri dari rumah. Set penjagaan bibir ini hadir dengan pencuci buih, skrub bibir, plumper serta pelembap bibir. |
Tubuh
Butters, Suds & Scrubs | Hadiahkan tubuh anda dengan belaian magis dari set penjagaan tubuh dari Bliss yang hadir dengan sabun mandian, krim badan, skrub badan serta losyen badan dengan ekstrak wangian lemon. |
Poetic Waxing | Usah risau lagi untuk ke spa untuk menyingkirkan rerambut pada tubuh. Bliss hadir dengan set lengkap waxing di rumah termasuklah kit penuh waxing, poetic waxing cup, pencuci kulit, minyak sebelum dan selepas wax dan pad penyingkir rerambut. |
Fat Girl Slim | Jangan bimbang lagi dengan masalah selulit yang ketara di sekitar peha, punggung, perut dan bawah lengan kerana Bliss ada solusinya. |
Healthy Hands & Feet |
Dengan hanya penggunaan stokin dan krim kaki atau tangan yang dihasilkan oleh pakar Bliss, kulit akan lebih lembut dan sihat secara menyeluruh. |