Oleh: Farhana Fuad
Gambar: TPGImages
Perlukan haruman minyak wangi yang sporty, seksi dan glamour dalam satu jenama? Michael Kors kini hadir dengan koleksi minyak wangi terbaru. Selaras dengan itu, Michael Kors turut tampil dengan koleksi produk kecantikan pertamanya.
Koleksi haruman minyak wangi MK ini hadir dengan tiga jenis haruman unik . Setiap satu melambangkan tiga personaliti yang berbeza iaitu sporty, seksi dan glam. Produk solekan pula MK tampilkan tiga jenis rona gincu yang mampu meningkatkan konfiden serta stail dalam jiwa wanita. Ianya dicipta sesuai untuk setiap jenis tona kulit, musim serta peredaran trend semasa.
Secara eksklusifnya, EH! bawakan temubual bersama pemilik jenama yang terunggul ini.
Apakah inspirasi buat perjalanan koleksi MK? Mengapa SPORTY SEXY GLAM?
Inspirasi saya adalah berdasarkan wanita yang ada di dalam hidup saya. Saya sentiasa suka akan setiap jiwa mereka. Sebagai contoh, ibu saya seorang yang kebiasaannya sporty. Dia kerap berjemur di tengah panas dan dia tidak pernah menghabiskan lebih dari dua minit untuk bersiap solek sebelum melangkah keluar dari rumah. Nenek saya pula seorang yang agak glam. Dia seorang yang penggemar tetap minyak wangi. Setiap masa haruman minyak wangi mesti digunakan kala bermandi, di atas pergelangan tangannya dan di belakang telinga.
Koleksi ini sebenarnya lebih dari sekadar trend. Ia adalah mood. Bagi saya, wanita Michael Kors mempunyai tiga mood utama iaitu sporty, sexy dan glam. Kadang kala anda menginginkan aura sporty dan tanpa terlalu banyak cara untuk jadi sporty. Kadang kala juga anda ingin menjadi lebih glamor dan memenuhi segala kehendak. Dan ada masa anda menginginkan untuk aura seksi. Majoriti wanita mempunyai ketiga-tiga mood ini di dalam jiwa mereka. Ada masa elemen mood itu sendiri meningkat atau merudum, bergantung pada mood di saat itu.
Koleksi kecantikan ini sangat menjiwai DNA jenama anda. Bagaimana ia boleh berkaitan dengan fesyen yang anda ketengahkan?
Saya fikirkan tentang kecantikan dan warna sama seperti saya memikirkan tentang fesyen. Ianya mengenai peningkatan perasaan realiti, menjadi versi diri sendiri yang paling terbaik. Jadi ia perlukan koleksi barangan keperluan. Dengan sebuah gerobok, dengan sehelai gaun hitam, sehelai kot trench dan celana jeans yang menjadikan penampilan diri anda lebih gah. Dengan solekan, anda perlukan rona nude yang sihat, rona merah jambu yang bold serta kehangatan rona merah. Koleksi ini sangat versatil kerana ianya sangat mudah untuk disuai padankan dan ia tidak akan pernah luput dari stail.
Apakah itu sporty?
Ianya menjerumus tentang wanita yang aktif dan sentiasa menjadi seseorang yang sebahagian di dunia. Dia mengikat longgar rambutnya menjadi dengan gaya ponytail, sama ada dia seorang yang bermain tenis, berjalan di hamparan merah atau di pejabat. Ianya relaks, bahkan ronanya yang sentiasa sesuai dalam kehidupan. Saya membayangkan Gwyneth Paltrow mengikar rambutnya menjadi ponytail ketika berjalan di karpet merah. Segalanya tentang kemudahan.
Apakah itu seksi?
Ianya tidak terlalu ketara atau melebih-lebih. Ianya tentang konfiden. Segalanya tanpa memerlukan usaha yang lebih dan keberahian. Seksi adalah mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Angelina Jolie mempunyai kekuatan sebegitu, bersikap konfiden setiap masa meskipun di atas karpet merah.
Apakah itu glam?
Glam adalah sedikit kepuasan dan lebih kepada sikap. Apabila wanita mempunyai perasaan glam, dia pasti ingin mengeluarkan lebih usaha untuk menjadi yang tertarik. Dia mempunyai kesombongan yang menarik perhatian ramai. Jennifer Lopez adalah salah satu contoh glamor dari semua sudut.
Apakah peranan yang dicerminkan dalam koleksi wangian anda?
Koleksi ini adalah yang menjadi keutamaan saya dalam pembikinannya. Saya selalu terpesona dengan ikatan kuat antara memori dan aroma. Bagi saya, haruman boleh membangkitkan memori kembali yang berkaitan dengan perasaan. Ketika saya mula untuk menghasilkan haruman ini, saya cuba untuk mencari bauan yang berkata-kata dengan saya dan gabungkan mereka dalam satu cara yang membantu wanita untuk menonjolkan diri mereka dengan lebih mudah.
Mengapa ia penting untuk menawarkan produk pelindung cahaya matahari?
Bedak asas yang terbaik adalah kulit yang sihat, berseri, tidak kira spektrum mood yang bagaimana wanita sukakan. Seri itu boleh berada tidak kira berlainan tona sekalipun tetapi ia masih mencerminkan mesej yang sama. Ianya sentiasa sama dengan kehidupan yang harmoni.
Apakah tip kecantikan yang paling penting bagi anda?
Solekan tidak sepatutnya menjadi seakan topeng. Elemen wanita sporty, seksi dan glam sebenarnya mudah untuk dipertonjolkan, kecantikan yang seakan mengambil masa dua saat sahaja. Jangan litupi tekstur semulajadi kulit anda secara menyeluruh. Ianya perlukan seri. Koleksi ini mampu memberikan anda kesan seri itu, mudah dan boleh dicapai.
Adakah kami akan mendapati mood sporty, seksi dan glam menerusi aliran fesyen anda?
Semestinya ya! Semua ini adalah mood feminin semula jadi terusan zaman yang menjadikan koleksi saya nyata.
Apakah nasihat anda untuk mendapatkan gaya head-to-toe untuk setiap mood dan jiwa wanita ini?
Sporty adalah satu mood yang sentiasa sempurna, bahkan mudah untuk mendapatkan gaya itu sendiri. Segalanya tentang cool, ceraian kasual yang ada sedikit elemen yang melebih, seperti aksesori perforated, kasut yang gah dan jaket kulit moto serta lebih banyak helaian knits yang cozy dan seksi.
Seksi bermaksud mengetengahkan sesuatu dengan lebih tinggi. Seperti dress koktel yang melitupi lekuk tubuh dan kasut tumit tinggi. Wanita yang benar tampak seksi bagi saya adalah wanita yang mempunyai konfiden level yang tinggi, jadi saya sukakan aksesori yang turut menampakkan seksi itu sendiri, seperti jam tangan yang besar atau tas tangan berkulit python. Ianya sangat memberikan penampilan seksi.
Glam pula memberikan keseronokan ketika berfesyen dan gaya yang ideal kala waktu malam. Saya sukakan dress sleek, kasut tumit tinggi yang bergaya, gincu dengan rona gelap pada bibir dan clutch berunsur logam. Lebihkan juga penggayaan barang kemas dalam persalinan.
Pandangan anda tentang kecantikan di seluruh benua?
Saya kerap menjelajah dan tidak kira jika saya berada di Hong Kong atau Los Angeles, wanita yang paling cantik bagi saya adalah yang memiliki konfiden dalam stail dan solekan yang mengetengahkan kecantikan semula jadinya. Jika anda yakin pada diri sendiri, pastinya anda akan tampak lebih fantastik. That’s universal.