Gambar: Arkib EH!
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini berkongsi makna cantik dan amalan rutin penjagaan kecantikannya kepada EH! secara eksklusif.
1. Apa maksud cantik bagi anda?
Cantik itu apabila kita sentiasa percaya kecantikan adalah milik Allah dan segala pujian hanya milik-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.
2. Siapakah ikon cantik anda?
Angelina Jolie kerana kecantikannya tulen dan effortless. She has a big heart that shines so brightly physically.
3. Apakah kosmetik atau alat solek wajib setiap kali bersolek?
Two way cake foundation, gincu dan bedak tabur berkilau. Saya sangat suka solekan seperti gincu bibir yang cantik daripada Avon Absolute yang membuatkan hidup jadi lebih berwarna.
4. Apakah masalah rambut terbesar anda? Dan bagaimana pula anda mengatasinya?
Rambut kering dan bercabang. Perapi tidak cukup untuk rambut saya, jadi saya menyapu pupur rambut Wella setiap hari supaya rambut lebih ringan.
5. Kongsikan rejim penjagaan kulit wajah anda setiap hari?
Setiap hari saya menggunakan bar Nutox Miracle diikuti serum Bird’s nest. Astringen yang bertindak sebagai penyegar diikuti Solar Block SPF45.
6. Anda percaya dalam pengambilan pil vitamin atau makanan tambahan?
Saya sama sekali tidak percaya pada produk yang menggunakan campuran yang banyak kerana boleh memudaratkan kesihatan. Kini, terlalu banyak produk yang membuatkan kita ghairah untuk cantik dalam hanya beberapa hari. Pengambilan vitamin C 1000mg diikuti l-glutathione, evening primrose oil dan pil antioksida sudah cukup untuk kulit. Pengambilan vitamin rambut seperti pil herba Shen Min dari GNC atau Hairfinity pula untuk kesihatan rambut.
7. Anda mengamalkan sebarang diet?
Makan sedikit sebanyak enam kali sehari. Amalkan minum air panas perahan lemon atau teh hijau setiap pagi dan malam. Elakkan makanan berminyak dan lebihkan makanan yang mempunyai bahan anti oksida.