Gambar: Arkib EH!
Tidak dinafikan akan kecantikan semula jadi pelakon wanita popular ini. Bahkan ramai yang tertanya-tanya apakah rahsia Izara dalam menjaga kecantikannya agar kekal menawan sepanjang masa. Berdarah muda serta bakat lakonan yang Izara ada mencerminkan identitinya sebagai seorang yang ceria dan tetap tampil feminin selalu.
Cerita Selebriti Ketika Berumur 15 Tahun
Jadi, EH! ingin kongsikan rahsia cantik Izara Aishah yang boleh anda jadikan inspirasi.
1. Apakah maksud cantik bagi anda?
Subjektif. Beauty is in the eye of the beholder. Apa jua yang membuat saya gembira adalah sesuatu yang cantik.
2. Siapakah ikon cantik anda?
Audrey Hepburn dan Madhuri Dixit.
3. Bagaimana peningkatan usia memberi kesan pada diri anda?
Aging adalah proses natural yang semua orang akan lalui. I embrace it! Saya tidak takut dan ia membuatkan saya mahu menjaga kulit dengan lebih baik.
4. Rahsia anda untuk kekal tampak muda?
Bersihkan muka dan guna pelembap. Jadikan ia rutin harian. Jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.
5. Ada sebarang minuman atau makanan yang anda amalkan untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga. (Jamu, jus khas dan sebagainya)
Saya mengamalkan pengambilan pati buah prune.
6. Boleh kongsikan tip anda menjaga rambut? Mungkin ada sebarang petua tradisi?
Gunakan syampu dan perapi berkualiti. Kurangkan penggunaan pengering rambut.
7. Cara atau petua tradisi menjaga kulit yang pernah anda cuba dan anda rasakan ia berkesan?
Elak daripada terdedah dengan pancaran matahari dan kurangkan penggunaan alat solek atau mekap.
8. Adakah anda mengamalkan sebarang diet atau senaman? Dan sekerap mana?
Saya gemar menari dan itu cara senaman saya. Hampir setiap hari itulah rutin harian dan lakukannya dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.