Teks : Izzati Saadin
Mengambil inspirasi kota Naples, Itali, Pereka Kreatif Mekap dan Warna Global Chanel, Lucia Pica berkongsi tip dan teknik solekan menggunakan koleksi terbaru musim Bunga/Panas, Chanel Naepolis.
[envira-gallery id=”114363″]
Solekan bibir bold menggunakan palet bibir Poudres A Levres
Untuk mendapatkan kemasan yang bold dengan hanya menggunakan tekstur bedak mungkin agak sukar. Kerana Poudres A Levres ini akan memberikan kemasan yang lembut tapi pusam (soft focus) jika hanya oleskan salap yang disediakan kemudian disaluti bedak. Terserah pada mood anda, jika anda inginkan sesuatu yang subtle tapi kekal menonjol, anda boleh gunakan saja Poudres A Levres ini. Namun jika inginkan kemasan bold oleskan gincu merah terlebih dahulu pada bibir. Secara peribadi, saya memang sukakan bibir yang bold, ia menyerlah keseluruhan wajah saya.
Inspirasi bibir ala Korea
Solekan bibir ala Korea adalah bermain dengan gradiasi ton bibir. Gunakan rona yang lebih cerah pada seluruh bibir, kemudian warnakan ton yang lebih gelap pada bahagian tengah bibir dan mesrakannya. Selalunya saya gunakan dua tekstur untuk gandingan sempurna. Seperti Rouge Allure Velvet dengan rona L’aristocrate dan Poudre A levres rona Rosaso Pompeiano.
Fun/Pop Look, menggunakan Ombre Premiere dan 9 Ombre Palette
Saya ingin menghasilkan fun and pop bright look jadi saya gandingkan Ombre Premiere dan 9 Ombres Palette.
1. Saya oleskan rona Ombre Premiere hijau/biru ini pada asasnya. Kemudian saya lapisinya dengan dua ton hitam dan hijau saya membentuk soket di bawah tulang kening untuk mendapat ilusi mata yang lebih galak. Rona yang sama juga digunakan pada garisan bawah mata.
2. Rona hijau terang dalam palet yang sama saya oleskan pada tengah kelopak mata untuk menyerlahkan lagi solekan ini.
3. Kemudian gariskan penggaris mata rona hijau pada garisan bulu mata diatas dan dibawah.
4. Untuk menjadikan rona-rona terang seperti hijau ini lebih ‘wearable’, tambahkan sedikit rona emas pada hijau ini, ia menjadikannya lebih mesra.