Kadang-kadang kita rasa dah betul-betul bersihkan solekan, tapi bila tengok balik, ada lagi gincu! Selalunya bahagian paling sukar untuk dibersihkan ialah mata dan bibir. Apakah cara terbaik untuk membersihkan solekan pada wajah?
Gambar: sheknows.com
Mata
Gunakan pembersih solekan yang khas untuk mata kerana bahagian mata adalah bahagian paling sensitif. Jika kamu menggunakan pembersih solekan sembarangan, takut nanti akan adalah masalah sampingan pula. Baby oil adalah pembersih solekan paling berkesan!
Bibir
Bagi membersihkan gincu yang pekat pada bibir, kamu boleh sapukan Vaseline pada bibir kemudian ambil baju lama yang tidak lagi dipakai, bersihkan bibir kamu dan ulang pakai Vaseline kemudian bersihkan bibir dengan baju lama tadi sehingga hilang. Selain Vaseline, minyak zaitun dan baby oil juga antara pembersih terbaik!