Atasi masalah kulit dengan mengenali jenis vitamin yang bersesuaian dengan wajahmu. Kulit yang terdedah kepada pencemaran alam sekitar, selaran sinar UV dan penjagaan yang tidak rutin adalah antara punca wajah tampak kusam dan sering dilanda masalah.
Adalah penting untuk anda faham kehendak kulit terlebih dahulu sebelum memulakan rejim penjagaan wajah yang serasi dengan masalah yang dialami. Kesihatan kulit wajah selalunya berpunca dari kekurangan vitamin dan pastinya anda mahukan rawatan yang boleh menyalurkan vitamin buat wajah agar kelihatan segar dan berseri semula.
Dalam pemakanan seharian anda boleh dapatkan vitamin dengan mengamalkan diet yang seimbang serta bijak mengawal pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin terutama yang baik untuk kulit.
Menyedari keperluan ini yang mungkin sukar diperolehi dari pemakanan semata-mata, SimplySiti menampilkan formula khusus nutrisi yang diperlukan oleh wajah dalam rangkaian Hidra Vita bagi menangani masalah kulit dalam pelbagai peringkat.
Hidra Vita hadir dalam empat varian iaitu Vitamin A (melawan kesan penuaan), Vitamin B (mengawal iritasi kulit), Vitamin C (meningkatkan kecerahan kulit) dan Vitamin E (memulihkan pembaharuan sel). Dapatkan SimplySiti Hidra Vita di gedung-gedung terpilih dan juga secara online melalui laman web rasmi SimplySiti.