Empat minggu sebelum
Waktu ini cuba bernafas dengan tenang dan rangka kembali rutin cantik anda. Ingat penjagaan ekstra itu penting, jaga kulit, ambil pemakanan sihat dan rajin bersenam.
APA YANG PATUT DILAKUKAN
1. Dalam sebulan apa yang anda boleh lakukan adalah pergi berjumpa dengan pakar dermatologi, periksa kulit dan rambut agar ia sentiasa dalam keadaan yang sihat. Jika anda sedang bergelut dengan masalah jerawat, ambil ubatan yang perlu yakni dari segi oral ataupun krim jerawat. Cara ini lebih berkesan berbanding terus ke rawatan wajah di spa, kerana kemungkinan besar masalah jerawat akan menjadi lebih teruk.
2. Kunjungi spa atau salon rambut untuk membuat rawatan yang lebih terperinci seperti rambut kering tidak bermaya, lingkaran gelap atau sembap bawah mata, selulit atau tumit berkerak. Tuliskan senarai cantik yang harus di kecapi menurut pakar kecantikan yang berkhidmat.
3. Jika kulit anda sensitif inilah masa yang sesuai untuk mencuba segala macam produk terlebih dahulu sebelum anda disolekkan. Jika sebarang alergi timbul setidaknya anda sempat merawatnya dan mengelakkan produk tersebut ketika disolek nanti.
4. Sesudah kulit dikenal pasti masalahnya, jadi amalkan penjagaan asas yang sempurna seperti mencuci, menyegar dan melembap.
5. Bahagian yang boleh dipanggil ‘underdog’ yakni bahagian tangan, bahagian ini selalu diambil enteng sedangkan waktu perkahwinanlah tangan dan jari-jemari memainkan peranan penting. Jari akan disarung cincin maka seluruh tumpuan adalah di situ. Pergi ke salon dan dapatkan rawatan kuku tangan dan kaki secara konsisten, ya kaki juga perlu! Jangan malas atau lokek untuk lakukan bahagian kaki kerana berbalik pada fokus kita tadi mesti cantik dari hujung kepala hingga hujung kaki. Selepas mendapatkan rawatan, amalkan penjagaan terperinci di rumah seperti mengoles losen dan sebagainya. Lakukan rawatan ini sekali setiap minggu hinggalah minggu yang terakhir.
6. Mulai cari rujukan anda untuk solekan nanti, agar anda boleh berunding dengan jurusolek. Ingat! Semua solekan atau look yang anda lihat di internet tidak semuanya sesuai dengan anda jadi eloklah dibawa berbincang bersama jurusolek.
7. Ini juga masa yang tepat untuk anda jaga berat badan anda di saat-saat akhir. Buat temu janji bersama pakar diet anda mungkin boleh mengurangkan 5-6 kg dalam masa sebulan!
8. Amalkan berjalan di waktu pagi dan tidur yang cukup setiap malam. Lakukan yoga atau aerobik jika mempunyai masa.
9. Cuba pembuangan bulu satu badan dengan kaedah waxing untuk memastikan anda sesuai dengan kaedah tersebut. Jika tidak serasi anda boleh cuba bleaching atau gunakan kaedah pembuangan bulu dengan krim.