Tiga minggu sebelum
Waktu ini, membeli-belah hanyalah untuk barangan yang ‘fun’ seperti membeli pakaian dalam yang seksi dan tidak lupa rawatan wajah yang konsisten!
APA YANG PATUT DILAKUKAN
1. Kekalkan wajah yang berseri dengan rawatan wajah dan urutan badan setiap minggu di spa. Jangan cuba apa-apa rawatan atau kosmetik baru di peringkat ini. Cuma kekalkan apa yang anda sudah biasa dengan jenama yang anda yakin dan selesa.
2. Pelan satu sesi bersama jurusolek atau penggaya rambut untuk menentukan final look anda nanti. Panggil rakan-rakan atau saudara rapat untuk dapatkan pendapat positif.
3. Elakkan makanan ringan dan minuman berkarbonat, lebihkan pengambilan jus sayuran dan air kosong.
4. Anda mungkin tidak boleh mengelak keluar dari rumah, walaupun sebenarnya lebih elok menghabiskan waktu dengan berehat dan memanjakan diri. Jadi apabila keluar, oleskan krim tabir suria dan pakai topi.
5. Pasti ada sebab Cleopatra mengamalkan mandian susu, jadi lumurkan susu pada badan dan urut perlahan-lahan pada kulit selepas mandi selama 15 minit. Bilas dan keringkan badan. Anda akan lihat hasilnya selepas beberapa minggu.