Minggu terakhir
Kini adalah waktu untuk anda menghitung hari sehingga saat bahagia. Lakukan segala yang termampu sahaja, selebihnya minta tolong keluarga atau teman rapat untuk menyelesaikannya.
APA YANG PATUT DILAKUKAN
1. Pastikan anda telah lakukan rawatan kuku untuk minggu terakhir.
2. Trim bulu kening atau anda boleh meminta jurusolek anda untuk melakukannya.
3. Gunakan span setiap kali anda mandi, ia akan menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit tampil berseri di malam pertama. Jangan lupa bahagian leher!
4. Minum ekstra dua gelas air bagi memastikan kulit anda tampil lembap dan sempurna.
5. Kekalkan ketenangan mental waktu ini, lakukan meditasi selama 10 minit setiap hari.
6. Lakukan waxing atau bleaching! Ia amat penting untuk keyakinan
anda.