Teks : Razin Mohd.
Tidak kiralah dedikasi buat insan tersayang atau diri sendiri, Mamonde kali ini tampil dalam bekas eksklusif edisi terhad, mewah dan romantis.
Menjadi jenama produk kecantikan dan perapi yang popular dalam intipati bunga-bungaan dan bahan semula jadi. Mamonde mahu hadiahkan anda dengan satu koleksi bekas edisi terhad Holiday Collection yang pastinya jadi item terbaik untuk dijadikan bingkisan buat insan tersayang. Tampil dalam empat set menarik, set ‘Glowing Garden’ ini pasti jadi item kecantikan yang patut anda dapatkan musim percutian ini!