Untuk bersolek atau kemaskan solekan pada bila-bila masa dan dimana sahaja anda kini hanya perlukan satu bekas kompak solekan dalam rekaan burung hantu yang comel di dalam tas tangan anda.
Siapa yang tidak mahukan burung hantu di dalam tas tangan mereka? Lagi-lagi buat gadis millennial! Tiap kali mahu kemaskan solekan untuk swafoto atau bergambar bersama teman, ianya pasti jadi perkara yang menarik perhatian ramai, kerana kompak solekan dari Pupa Owl ini tampil dalam rekaan bekas yang cukup comel dan trendy dalam pilihan warna yang menarik!
Pupa Owl menampilkan produk solekan versi kompak dalam pelbagai pilihan warna dan ekspresi burung hantu. Karakter unik ini datang dengan eye primer dan palet pembayang mata yang berpigmen tinggi dan mudah diadun, sesuai buat anda yang mahu menghasilkan solekan pembayang mata yang trendy.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh bermain dengan calitan gincu juga pelembap bibir untuk menghasilkan solekan yang lebih bold atau natural. Pelembap bibir dari Pupa Owl memberi hasil bibir yang lebih lembut dan lembap, bila dicalit, bibir pasti tampak lebih sihat dan menawan secara asli, manakala buat gincu bertekstur krim pula bakal memberi efek lebih seksi dan glamor.
Jadi untuk mendapatkan solekan kompak Pupa Owl dalam versi comel dan mudah bawa ini, anda boleh dapatkannya di butik solekan SASA yang terdekat!