Tular beberapa tahun belakangan ini apabila lactic acid semakin popular digunakan sebagai bahan skincare. Kandungan sama seperti AHA (Alpha Hydroxy Acids) ini mampu membantu membaiki proses eksfoliasi kulit.
Sama seperti AHA lain seperti Glikolik, Mandelik, Sitrik dan Asid Laktik atau Lactic Acid boleh didapati dalam pelbagai produk penjagaan kulit daripada toner hingga kepada penggunaan serum.
Mengapa Lactic Acid penting dalam penjagaan kulit?
Asid laktik ialah molekul penting dalam respirasi rawatan eksfoliasi kulit, ia membantu mengeluarkan jisim glukosa, pengawalan keradangan pada kulit. Bagi mereka yang kulitnya sensitif, amat suai memakai bahan Lactic Acid ini kerana ia molekul pelindung yang tidak boleh menembusi kulit ke dalam bermaksud ia tidak terlalu kasar untuk digunakan bagi kulit sensitif.
Selain merawatkan permukaan kulit, ia juga membantu mengelupas kulit rosak dan mencerahkan kulit. Sekali lagi, ia adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, kerana bahan ini mampu bertolak ansur dengan kondisi kulit dari sensitif biasa hingga ke kritikal.
Jadi jika kulit anda bersifat sensitif, atau anda berminat untuk menguatkan dinding kulit, asid laktik adalah alternatif pengelupasan pilihan yang bijak dalam rutin kecantikan. Menurut pakar kecantikan Ia malah boleh menambah sedikit penghidratan kembali ke dalam kulit,” katanya, memandangkan bagaimana asid laktik bertindak sebagai humektan, bermakna ia menarik kelembapan pada kulit.
Waktu terbaik untuk menggunakan asid laktik dalam rutin penjagaan kulit
Disyorkan untuk menggunakan asid laktik ke dalam rutin penjagaan kulit pada waktu malam sahaja (sebelum tidur) kerana ia adalah waktu yang bagus untuk membiarkan kulit mengelupas dan mencerahkan kulit semalaman sendiri. Pagi keesokkannya pula, sapukan SPF atau pelembap kulit untuk melindungi kulit yang baru terkelupas daripada sinar matahari.