Seperti kulit wajah, rambut juga mengalami tanda-tanda penuaan seiring dengan peningkatan usia. Dan seperti wajah, rambut juga perlukan serum sebagai salah satu langkah membelai dan merawatnya.
Apakah tanda-tanda penuaan pada rambut? Kusam? Frizzy? Kering? Menipis? Jawapannya adalah betul pada semua tanda-tanda itu. Tanda-tanda penuaan itu sebenarnya merungsingkan, kerana ‘rambut adalah mahkota seorang wanita’, bukanlah sekadar omongan kosong. Rambut memang faktor penting yang mempengaruhi penampilan fizikal. Selain kulit, rambut juga faktor yang membuatkan penampilan lebih muda atau melebihi usia sebenar.
Rambut Pun Boleh Penat? This Is the Wake-Up Call You Need!
Terbaru, Kérastase melancarkan the ultimate game-changer, Chronologiste Overnight Youth Serum. Bukan sekadar serum biasa, produk premium ini menggunakan longevity science yang bertindak dari peringkat selular untuk mengekalkan keremajaan rambut, dari kulit kepala sehinggalah ke hujung rambut.
Rahsia kehebatan serum ini terletak pada Caviar of Longevity—sebuah formula magis yang menggabungkan Pro-Xylane dan Ochrophyta Algae. Kombinasi ini berfungsi melindungi fungsi kulit kepala dan membina ekosistem rambut yang lebih kuat dan sihat.
Cara menggunakannya sangat mudah dan sangat sempurna untuk mereka yang sibuk. Sambil melangsungkan night time skincare routine, picit satu pam serum ini. Sapukan pada rambut kering atau lembap sebelum tidur. Tanpa perlu dibilas, korang boleh terus tidur dan bangun keesokan harinya dengan rambut yang on point.
Hasil Yang Bukan Omongan Kosong (Clinically Proven!)
Kérastase membuktikan keberkesanan serum ini melalui ujian klinikal, dan hasilnya memang mind-blowing. Rambut lebih tebal: Diameter helai rambut meningkat +5.7% selepas 1 kali guna, dan melonjak ke +12.7% selepas 8 kali guna.
Ucapkan selamat tinggal pada rambut mengerbang atau tidak terurus. Rambut tampil 32% lebih bersinar. Malah rambut juga semakin kuat, mengurangkan masalah rambut patah dan rosak sebanyak 92 peratus.
Demi Moore Sebagai Wajah Baharu Kérastase
“Rambut saya sentiasa menjadi sebahagian besar daripada identiti diri saya. Bila rambut rasa kuat dan sihat, saya rasa lebih yakin menjadi diri sendiri,”- Demi Moore
Melengkapi pelancaran era baharu ini, Kérastase turut memperkenalkan pelakon ikonik, Demi Moore, sebagai duta rasmi mereka. Tampil kekal elegan dan bertenaga tanpa mengira usia, Demi Moore adalah refleksi sebenar kepada konsep beauty longevity.
Pelancaran Chronologiste Overnight Youth Serum di Kuala Lumpur bulan lalu turut disertai tiga pempengaruh undangan EH!, iaitu Sharifah Rose, Yaya Zahir dan Nia Atasha. Anda boleh discover lebih lanjut tentang serum ini di pautan INI!





