Setiap wanita pastinya idamkan bibir mungil kemerahan yang menampakkan vibes yang segar menggoda.
Lancôme tampil dengan produk lipstik terbaharu, L’Absolu Lacquer. Ia diformulakan dengan kot yang ringan untuk mewarnai bibir serta memberikan kemasan terakhir yang berkilau. Nak tahu sebab apa anda perlu dapatkan L’Absolu Lacquer untuk lebaran ini? Ini jawapannya.
1. Custom Ultra-glossy lips
Ia menjanjikan keselesaan berpanjangan walaupun dipakai lama dengan kilauan dan ronanya yang sentiasa kekal pada bibir. L’Absolu Lacquer dapat menghasilkan satu filem rona untuk bibir yang mana memberikan ultra-glossy biarpun menjadi gossamer cahaya. Sebab itu ia sangat mudah untuk menyesuaikan keselesaan seperti yang anda inginkan: satu kot lapisan, dan bibir akan terus kelihatan berkilau. Dua kot lapisan berikan rona vibrant dan kesan yang lebih tinggi. Manakala tiga kot anda akan mendapat bibir lacquered yang menghasilkan impak yang lebih tinggi. L’Absolu Lacquer sudah tersedia di dalam palet 30 warna yang dibayangkan oleh Lisa Eldridge, pengarah kreatif make-up Lancôme, yang merentas seluruh spektrum, dari merah jambu nude melalui fuchsia hangat dan blazing carmine ke deep burgundy.
2. Pek Baharu, aplikator terbaik, hasil yang powerful
Moden dan mewah, pek baru L’Absolu Lacquer lebih segar dengan signature styling lipstik itu. Sekilas pandang pada rona produk dapat dilihat menerusi bahagian pek yang sedikit terbuka. Dengan aplikator terbarunya, ia dapat memberikan kontur bibir yang sempurna.
3. Muse Inspirasi
Rona sebagai tanda deklarasi. Dalam kempen umum Mert Alas dan Marcus Pigott, Taylor Hill boleh dilihat mengenakan rona fuchsia dengan sedikit palitan rose dari Lancome. Ia seakan menjadi tanda kemerdekaan dan feminin. Digayakan bersama leather biker jacket dan solekan sarat rona pink, di mana pemerah pipi, rona merah jambu gula di kelopak mata dan bibir mungil semula jadi dengan rona pink serta dipalitkan sedikit rona oren.
Satu calitan untuk look yang natural dan berkilau semula jadi.
Dua calitan untuk rona yang lebih terang dan kemasan berkilau lebih tinggi.
Tiga calitan untuk look yang dramatik dan ultra lacquered shine.