Bibir merekah dan berdarah bagaikan sudah jadi masalah normal bagi sesetengah orang pabila berada di lokasi terlalu sejuk termasuklah saya. Bila berjalan-jalan di luar negara khususnya pada musim sejuk biasanya saya kurang minum air kerana bimbang kerap membuang air dan ia bukanlah sesuatu yang mudah bila berada di luar. Bila sudah kurang minum air memang akan menyebakan tubuh kering termasuklah bibir. Bila bibir kering datanglah masalah bibir merekah dan berdarah. Waktu-waktu sejuk memang begitu, kadang-kadang tak perlu sejuk, di dalam negara kita yang panas lembap ini pun kalau kurang minum air memang boleh menyebabkan bibir berdarah. EH! Kongsikan punca masalah ini dan bagaimana merawatnya.
CUACA KERING & DINGIN
Apabila cuaca sejuk dan kering kulit dan bibir mudah menajdi kering, lebih cepat kering berbanding biasa. Ia menyebabkan bibir merekah dan berkuping-kuping. Ia juga disebabkan Oleh iritasi. Kadang-kadang alergi juga. Ada bibir yang sensitif dengan bahan perisa dalam makanan. Sesetengah bahan pewangi dalam gincu juga Boleh menjadi punca. Jadi apa cara untuk mengatasi masalah ini? Pakar dermatologi menyarankan anda menyapu salap bibir sebelum menyapu sebarang produk untuk bibir yang lain. Ia bagaikan perisai kepada bibir sebelum sebarang lapisan produk lain.
PANAHAN MATAHARI
Bibir berdarah juga boleh disebabkan oleh panahan matahari berlebihan. Bibir boleh menjadi panas. Bibir bawah dipercayai akan ‘rosak’ disebabkan terlebih dahulu dan disebabkan itu kebanyakan masalah bibir berdarah berlaku pada bibir bawah.
Ketahui 7 Pupur Yang Bagus Sebelum Tidur
RAWATANNYA?
Dalam sesetengah keadaan bibir akan pulih dengan sendiri tapi ada sebahagiannya pula perlukan rawatan khususnya yang bersangkut-paut dengan isu iritasi. Cara paling asas adalah dengan menyapu salap atau pelembap bibir dengan kerap. Pilih produk yang mengandungi lanolin, petroleum gel seperti Vaseline, dan juga beeswax, tiga bahan ini berkesan untuk melembapkan bibir.
Kena rajin exfoliate bibir juga kerana ia bagus untuk menyingkir kulit-kulit bibir yang kering dan berkuping-kuping. Ada sesetengah orang suka gosok bibir dengan berus gigi sebagai cara untuk exfoliate bibir. Di pasaran ada juga scrub untuk bibir. Calit dengan jari kemudian gosok-gosok pada bibir dan biarkan seketika sebelum dibilas. Tapi Jangan dibuat selalu kerana ia boleh menyebabkan kulit bibir ‘luka’.
Lagi satu, anda disarankan menyapu pelembap bibir sebelum tidur. Perasan tidak, bila tidur dalam bilik dengan pendingin hawa, pabila bangun keesokan paginya bibir terasa sangat kering. Saya selalu memakai pupur bibir setiap malam. Saya suka lip mask dari Laneige dan Kiehl’s.
Seperti yang saya sebutkan tadi, bibir berdarah adakalanya disebabkan kerana terdedah keapda cahaya matahari terlalu lama. Jadi eloklah anda sapukan salap bibir yang emngandungi SPF, bukan kulit wajah sahaja perlu dilindungi, mulut juga ya. Dan Usah lupa rawatan secara semula jadi dari dalam, banyakkan minum air kosong ia bagus untuk penghidratan. Jangan lupa!