Pernah tak anda mempunyai impian untuk merealisasikan bibir seksi mungil bak Bella Hadid? Kalau anda ingin tahu rahsianya, ini jawapannya.
https://www.youtube.com/watch?v=VYz3Z0QGeTs&feature=youtu.be
Tahun ini, jenama ternama dunia, DIOR mendedahkan rahsia sebenar di sebalik look yang dihasilkan dari belakang pentas untuk model peragaan mereka. Jawapannya adalah LIP MAXIMIZER STAR PLUMPER terbaharu. Produk ikonik ini dikatakan seakan menjadi kawan baik buat jurumekap dan pilihan di kalangan model ternama termasuklah Bella Hadid. Kini, formula ultra-care ini tampil dengan tona lebih segar baharu untuk efek yang lebih mengujakan serta berkilau maksimum.
Bukan itu sahaja, malah kali ini DIOR menambah lagi produk terbaharu ke dalam backstage pros lips family iaitu LIP GLOW TO THE MAX yang mana turut berformula penjagaan untuk bibir yang datang dalam bentuk dual-toned stick yang menggabungkan dua facets memukau ; satu kaya dengan tinggi pigmen, satu lagi memberikan kilauan gemerlapan.
Kedua-dua produk ini merupakan yang terbaharu dari Peter Philips (Creative and Image Director for DIOR Makeup) yang mana sebahagian adalah untuk penjagaan bibir manakala sebahagian lagi berfungsi sebagai solekan.