SK-II menyambut kehadiran tahun baru dengan memperkenalkan produk ikoniknya dalam kelalang edisi terhad.
Sama ada mahu meraikan ketibaan tahun 2021 yang baru sahaja bermula, atau membilang hari menyambut Hari Valentine atau pun meraikan Tahun Baru Cina, warna merah nampaknya begitu memancar di SK-II ketika ini. Istimewa keraian pembuka tahun ini, SK-II melancarkan Pitera Essence XOXO New Year Limited Edition yang diinspirasikan daripada kasih sayang, pelukan, ciuman juga reunion bersama keluarga, teman mahupun si dia.
‘XOXO’ kalau dalam bahasa muda-mudi ia membawa maksud peluk cium yang juga sangat terkenal sebagai tagline dalam siri Gossip Girls. Dan lambang ‘XOXO’ itu menjadi inspirasi buat SK-II mengabadikannya pada botol edisi terhadnya kali ini. Menariknya, untuk menyempurnakan buah fikir jenama kecantikan dari Jepun ini, mereka telah berkolaborasi dengan artis grafiti, Andre Saraiva yang mana dia cukup terkenal dengan grafiti alter egonya Mr. & Mrs. A. Elemen-elemen ini Boleh dilihat jelas pada botol dan Andre banyak bermain dengan warna Merah dan emas.
Klik: Seni Jalanan Jadi Inspirasi SK-II
SK-II sehingga kini menjadi antara rangkaian penjagaan kulit pilihan wanita di seluruh dunia hasil magis pitera yang sudah dituruni dari pelbagai generasi selama empat dekad lamanya. Pada penghujung tahun lalu SK-II turut melancarkan botol edisi terhad yang turut diinspirasikand aripada gaya seni grafiti jalanan. Dan di dalam kempen videonya, SK-II menampilkan wajah yang sinonim dengannya seperti Chloe Moretz, Haruka Ayase dan penyanyi juga penulis lagu, Leah Dou bersatu menyanyikan lagu Fantasy nyanyian asal Mariah Carey di dalam video kempen tersebut. Menariknya lagu nyanyian Queen of Christmas itu dinyanyikan dalam tiga bahasa berbeza oleh tiga wajah rasmi jenama kecantikan yang berasal dari negara matahari terbit ini. Miliki SK-II PITERA™ Essence XOXO edisi terhad ini pada harga RM759 di semua Kaunter SK-II.