EH! bertemu jurusolek selebriti pilihan ramai, Bosco Ryzal di satu penggambaran minggu lalu. Kami minta dia kongsikan produk-produk yang menjadi ‘rencah’ utama dalam menyempurnakan hasil karya solekannya.
UNTUK PREP WAJAH
LA MER THE MOISTURIZING COOL GEL CREAM
Menurut kata Bosco dia memang suka prep wajah kliennya dengan krim gel ini, selain lembapan lebih lama ia juga membuatkan solekan tahan sepanjang hari.
MAKE UP FOR EVER HYDRA BOOSTER SETP 1 PRIMER
Jika mahu proses prep yang lebih menyeluruh, adakalanya Bosco juga suka gunakan primer ini.
UNTUK ASAS SOLEKAN
CHANEL LES BEIGES SERUM CONCEALER
“Ini concealer favourite saya kerana ia tak buat solekan bawah mata ‘crack’ atau ‘cakey’. Garis-garis halus takkan jelas kerana ia tak mengeringkan. Tapi kulit kena prep betul-betul juga ya,” kongsinya.
NARS NATURAL RADIANT LONGWEAR FOUNDATION
Kata Bosco dia dah mencuba banyak jenis foundation, namun bedak asas ini tetap menjadi pilihannya sampai sekarang. “Saya suka foundation ini sebab ia full coverage tapi masih nampak natural.”
LAURA MERCIER TRANSLUCENT LOOSE SETTING POWDER
Untuk set asas solekan, sama seperti kebanyakan jurusolek di seluruh dunia, bedak tabur ini memang wajib ada dalam kit solekan.
YSL BEAUTY ALL HOURS HYPER LUMINIZE
Jika mahu kunci solekan lebih mampan, dia akan layangkan bedak ini. Bagus untuk touch-up solekan juga.
UBRAN DECAY ALL NIGHTER SETTING SPRAY GLOW
“Saya pilih All Nighter yang warna kuning, ada vitamin C kerana ia mempunyai efek yang buat solekan lebih glowing. Setting spray ini memang boleh lock solekan untuk tahan lebih lama.”
UNTUK MATA, PIPI & BIBIR
FENTY BEAUTY LIQUID BLUSH SHAKE N PLAY
“Saya sukakan blusher ini lebih-lebih lagi kod Bow Peep 01. Buat solekan nampak fresh.”
MAYBELLINE HYPER CURL
“Untuk maskara, now and forever semestinya dari Maybelline.”
MAKEUP BY MARIO MASTER MATTES® EYESHADOW PALETTE: THE NEUTRALS
Memang gemarkan solekan mata yang bold dan menyerlah, bagi Bosco palet ini memiliki warna-warna yang sering dia gunakan.
FENTY BEAUTY GLOSS BOMB STICK
“Antara signature solekan saya ialah bold pada Bahamian mata. Jadi, untuk mengimbanginya saya suka gaya gincu yang ‘bare’. Fenty Beauty Gloss Bomb Stick ini memang favourite saya, ada dua warna pilihan saya iaitu Birthday Suit 13 dan Lust Bunny 14.”













