Revolusi dalam menampilkan skincare terbaik dunia, Fenty Skin dikatakan memberi kepuasan luar biasa untuk semua jenis kulit wajah.
“Saya sentiasa pastikan setiap individu punya akses dalam memiliki produk skincare terbaik. Membawa Fenty Skin ke gedung Sephora seluruh dunia bermakna memberi peluang kepada anda untuk merasai pengalaman bersama Fenty Skin, iaitu edisi baru untuk Fenty Beauty, semuanya di bawah satu bumbung,” Rihanna
Fenty Skin hadir dengan konsep dan budaya baru dalam rutin penjagaan kulit wajah. Setiap produk yang terhasil adalah multifungsi kerana ia direka sebagai pelengkap utama Fenty Beauty. Rangkaian terbaru ini punya bahan organik clean dan fresh malah teksturnya sangat lancar dan menyenangkan.
Untuk pengetahuan anda, FAT WATER Pore-Refining Toner Serum adalah pilihan Rihanna kerana mempunyai ramuan tambahan iaitu buah ceri Barbados atau dikenali sebagai Bajan Cherry. Cukup kaya dengan Vitamin C berbanding buah oren malah bertindak aktif sebagai agen antioksidan.
Jangan lupa tiga langkah wajib ini jika anda menggunakan Fenty Skin Start’rs :
Total Cleans’r Remove It All Cleanser (RM120)
Basuh wajah setiap pagi dan malam dengan Total Cleans’r Remove It All Cleanser untuk membersih setiap kotoran , minyak dan juga membuang mekap.
FAT WATER Pore-Refining Toner Serum (RM130)
- Hilang pori nakal pada kulit wajah dengan FAT WATER Pore-Refining Toner Serum yang diformulasi dengan tekstur smooth. Letak pada tapak tangan dan tepuk pada wajah selepas membersih kulit. Ini dapat mencerahkan kulit wajah.
HYDRA VIZOR Invisible Moisturizer + SPF 30 (RM165)
- Jangan lupa krim tabir suria anda setiap hari! HYDRA VIZOR Invisible Moisturizer + SPF 30 dengan tekstur lightweight, bebas minyak dan meresap ke setiap jenis warna kulit menampakkan kulit lebih sihat dan bebas bintik hitam.
Akan berada di pasaran pada 26 Disember 2020 di semua platform sephora.my dan setiap outlet Sephora.
Artikel berkaitan Do’s & Don’ts – Solekan Parti Akhir Tahun!