Lazimnya orang lebih rajin menggunakan pupur atau mask pada wajah, tetapi terlupa rambut juga memerlukan belaian serupa.
Saya pernah berambut panjang, seingat saya lebih kurang tiga ke empat tahun. Hati terdetik mahu menyimpan rambut panjang sewaktu lawatan kerja ke Stockholm, dan sepanjang lawatan ke sana saya ‘dijaga’ oleh Sharon, pegawai perhubungan awam untuk jenama pakaian yang menjemput saya terbang melawat pejabat mereka di situ. Sharon, perempuan kulit hitam, rambutnya keriting kembang, kelihatan cukup rapi. Sebaik pulang dari Stockholm saya terus terfikir mahu melihat bagaimana rupanya rambut saya bila panjang, kerana saya juga punya rambut keriting. Tidak saya sangka, rambut saya ‘bergulung’ cantik, dan sering saja orang bertanya sama ada rambut saya keriting asli atau saya ‘perm’ di salon. Tentunya saya gembira bila ramai memuji.
Saya kira bertuah kerana walaupun rambut saya keriting tapi seingat saya tidaklah begitu sukar untuk menjaganya. Biasanya saya akan cuci selang sehari dan biarkannya ia kering sendiri tanpa menggunakan pengering rambut. Lagi satu, saya tidak akan sikat rambut ketika rambut sudah kering kerana ia akan membuat rambut saya kembang dan mengerbang.
Lagi satu rejim yang sering saya lakukan ialah menggunakan pupur rambut (hair mask). Jika tidak bersyampu sekalipun, pasti saya akan sapukannya sewaktu mandi. Saya dapati bila saya ringan tangan menyapu pupur rambut, gulungan rambut saya lebih rapi dan tersusun. Berbanding menggunakan perapi, pupur nyata lebih berkesan.
Saya pernah terbaca di dalam satu artikel, seorang pendandan rambut di New York berpendapat penggunaan perapi rambut sekadar membuang masa sahaja. Katanya, jika kita tahu pupur rambut lebih bagus, mengapa tidak terus menggunakan pupur sahaja kerana langkah penggunaannya sama sahaja. Tetapi ada pakar juga berpendapat pupur rambut tidak elok digunakan selalu kerana ia akan menyebabkan rambut jadi berminyak kerana rambut punya had maksimum dalam lembapan dan penghidratannya. Jadi, bila dihidrat berlebihan ia akan menyebabkan ia berminyak dan dalam masa yang sama membuatkan rambut berat dan leper, tiada volum.
TIGA MANFAAT UTAMA PUPUR RAMBUT
Saya bariskan lima manfaat utama penggunaan pupur rambut, dan mengapa anda patut mula menggunakannya.
Serapan Yang Lebih Baik
Rata-rata pupur rambut mengandungi partikel kecil yang menyerap masuk ke dalam rambut berbanding perapi. Situasi ini membuatkan rambut akan dihidrat dengan lebih lama, memastikan ia kekal lembap dan beberapa manfaat lain seperti tidak kusut dan lebih rapi.
Merawat Rambut
Rutin menggunakan alat penggayaan rambut seperti pengering, pelurus atau penggulung rambut mahupun mewarnakan rambut pasti ada kesannya kepada rambut. Biasanya rutin atau aktiviti ini akan membuat rambut kering akibat
Rawatan Pilihan Terbaik Di Rumah
Menggunakan pupur setiap hari bagus untuk merawat rambut yang kering, rapuh atau mudah putus kesan daripada aktivti meluntur warna rambut. Penggunaan pupur rambut sangat disarankan oleh pakar dandanan kerana itu satu-satunya rejim yang boleh dilakukan sendiri pelanggan mereka di rumah.
PUPUR PILIHAN EH!- LE LABO HINOKI HAIR MASK
Le Labo memperkenalkan produk baharu dalam rangkaian belaian rambutnya, iaitu Hair Mask Hinoki. Pupur ini diformulakan dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan serta campuran dengan manfaat ekstrak spirulina serta minyak kelapa. Harumannya pula diinspirasikan daripada pohon honoki yang tumbuh Gunung Koya yang terletak di Jepun. Milikinya pada harga RM170 (250ml).Anda juga boleh mencuba Hinoki Body Cream (RM65, 60ml) untuk membelai tubuh anda.
Artikel Berkaitan: 4 Jenama Penjagaan Rambut Mesti Cuba Bulan Ini