CHANEL mempersembahkan ROUGE COCO FLASH yang mampu memberikan wajah segar berseri serta-merta dengan rona-rona yang memukau. Tidak perlu alat solek yang lain.
Untuk bulan ini, EH! tampilkan lima selebriti muda pilihan kami yang mana kelima-lima mereka dirias dengan solekan yang cukup minimalis. Dengan mengetengahkan bibir mereka yang dicalit dengan gincu ROUGE COCO FLASH, ia sememangnya menaikkan lagi aura kejelitaan di wajah mereka.
Bertemakan #iwokeuplikethis, lima cover girls EH! ini dibaluti dengan tuala putih semuanya, sekaligus untuk mengetengahkan rias wajah mereka yang segar natural. Bahkan, semua bintang ini turut sempat melakukan sebuah cabaran di mana mereka perlu mengoles gincu ROUGE COCO FLASH tanpa sebarang cermin selain sempat berkongsi rutin pagi mereka menerusi video ini.