Cameron Diaz mentakrif semula standard kecantikan buat dirinya kala usianya menghampiri setengah abad.
Seiring peningkatan usia, wanita kebiasaannya akan mengamalkan rutin penjagaan kulit yang lebih ketat dan menggunakan produk tepat untuk melambatkan penuaan serta mengekalkan wajah awet muda. Namun berlainan pula dengan Cameron.
Kala menjadi tetamu tetamu podcast Michelle Visage berjudul Rule Breakers minggu lalu, bintang Charlie’s Angels itu mendedahkan dia tidak lagi mengikuti sebarang rejim kecantikan malah jarang mencuci wajah.