“Saya tidak melakukan apa-apa untuk kecantikan. Saya mempunyai berbilion produk yang saya guna hanya dua kali sebulan jika rajin. Saya tidak lagi memberi perhatian pada perkara seperti itu.”
Tambah Cameron, segalanya adalah mengenai kesederhanaan. Apa yang dimahukannya ketika ini hanyalah mengurus kehidupan mengikut keinginan sendiri, bukan menurut jangkaan orang lain.
“Rutin harian saya adalah perkara yang mampu saya ikuti dan lakukan, bukan sebaliknya,” jelasnya.