Teks : Razin Mohd
Jenama kecantikan yang berasal dari Korea ini tampil dengan barisan produk penjagaan dan kecantikan kulit yang lengkap sempena raya tahun ini!
Wajah berseri di pagi hari raya sudah jadi igauan buat setiap wanita, dengan itu jenama kecantikan April Skin dari Korea tampil dengan barisan produk penjagaan yang berkualiti dan bermanfaat untuk merealisasikan impian anda dengan hasil kulit dan rambut yang lebih menawan. Dengan itu EH! bariskan tujuh produk yang menarik yang bakal jadi item yang berkesan untuk dicuba sempena lebaran ini.