Cantik bermula daripada kita semua, setiap individu dari dalam diri kita. And when you feel beautiful inside, maka luaranmu juga menyerlah, lebih-lebih lagi dengan a touch of makeup.
Baguslah jika anda selesa dengan penampilan dan kulit sendiri. Itu sememangnya matlamat yang kita semua mahu capai tetapi jika anda boleh rasa lebih hebat dan yakin dengan sentuhan solekan, mengapa tidak? Produk LyndaRahim Beauty terdiri daripada palet serta produk individu yang mudah dipakai, anda tak perlu punyai kepakaran untuk memakainya.
EH! tampilkan Alicia Amin untuk LyndaRahim Beauty yang mendapat sentuhan Phyromaniac Eyeshadow Palette, RM89. Palet mata dengan warna-warna asas harian yang boleh dipakai dengan berus ataupun jari ini mempunyai tekstur halus dan mudah dioles. Warnakan kelopak mata dengan sempurna dan pemakaian yang bertahan lama. Pyromaniac Eyeshadow ini dirumus dengan silika untuk teksturnya yang licin dan halus, Vitamin E serta minyak biji anggur untuk memelihara kulit.
Mencari celak mata yang bertahan dan kalis comot? Eyeslimer Eyeliner, RM27 menawarkan aplikasi yang mudah serta kemas dengan lakaran yang lancar. Warnanya pekat dan kalis air jadi anda boleh turut gunakannya pada garis bawah mata.
Solekan tak lengkap tanpa maskara LyndaRahim Beauty Mascarzy Mascara, RM37 yang dirumus dengan bees wax semula jadi, minyak biji anggur serta Vitamin E agar anda bukan saja mendapat efek craazzyyy beautiful eyelashes tetapi juga penjagaan agar ia tidak kering atau mudah gugur.
Ladies, ini waktunya untuk amda serlahkan kecantikan diri dengan solekan yang mampu menampilkan dirimu yang terbaik. Enjoy video LyndaRahim Beauty bersama Alicia Amin ini!