Pelancaran Dior Capture Le Serum yang baharu ini mungkin penanda baik bagi anda yang berazam mahu ‘mengawet’ keremajaan di tahun 2023 ini. Sebelum dilancarkan 110 inidividu berbilang etnik dan peringkat usia terpilih dari seluruh dunia terlebih dahulu menguji keberkesanannya.
Oktober lalu, di saat musim panas berhijrah ke musim luruh, saya mewakili EH! Menjadi salah satu penerbitan yang diterbangkan Dior ke Tokyo untuk menyaksikan sendiri satu pelancaran yang cukup penting dalam sejarah dunia kecantikan Dior. Label kecantikan Paris ini mahu mendedahkan rahsia penemuan terbaru mereka menerusi formula terbaru Capture Totale Le Serum.
Rangkaian Capture Totale bukanlah terlalu baharu dalam keluarga penjagaan kulit di Dior. Barisan produknya menjadi penawar buat wanita yang mahu merawat wajah dari dijelmakan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan dan merosotnya keanjalan kulit.
Sel tunjang (stem cell) kini menjadi revolusi penting dalam dunia sains kecantikan. Sel inilah yang dikaji oleh Dior selama dua dekad dalam mencari solusi merawat tanda penuaan. Hasil kajian Dior kita sebenarnya memiliki ‘keremajaan kulit’ namun tidak diaktifkan. Jadi ‘sel tunjang’ adalah kunci utama untuk mengaktifkan kembali keremajaan kulit. Dior berkolaborasi dengan ramai saintis untuk mengkaji hal sel tunjang ini termasuklah mendapatkan kerjasama dengan 20 badan akademi juga 10 paten untuk menyempurnakan kajian mereka.
Semakin usia meningkat epidermis kulit semakin menipis lantas menyebabkan berlakunya kurangnya keanjalan kulit. Semua ini berpunca dari lemahnya tenaga sel tunjang apabila pertambahan usia berlaku.
“Hasil pencarian para saintis Dior, tahun lalu mereka merumuskan bahawa sel tunjang boleh dibahagikan kepada dua iaitu sel [⍺] dan [β]. Sel ini pada awalnya menunjukkan potensi yang lebih tinggi untuk percambahan, yang memberi manfaat kepada penjanaan semula kulit.”
Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, sel [⍺] merosot menjadi sel [β], yang mempunyai potensi proliferasi yang rendah, lantas mengurangkan pengikatnya dan keupayaan untuk memperbaharui sel.
Dior Capture Totale Le Serum baharu boleh menukar sel tunjang [β] tersebut kepada sel tunjang [⍺] yang berpotensi tinggi. Dengan lebih banyak sel induk [⍺] berlabuh pada persimpangan dermo-epidermis, kulit kita mempunyai kuasa maksimum untuk menjana semula epidermis yang teguh dan kuat.
‘KUNTUMAN’ DIOR CAPTURE TOTALE
Sejak dulu lagi Dior menggemari bunga, baik dari dunia fesyennya, ke haruman hinggalah kecantikan, Dior sangat sinonim dengan bunga. Mereka terus-terusan mengkaji manfaat yang terkandung di dalam mana-mana bunga.
Samalah juga dengan Dior Capture Totale Le Serum yang baharu ini, ia menerokai ekstrak Longoza dan Tuscan Iris yang ditapai, berkebolehan dalam mengaktifkan semula potensi keremajaan kulit. Longoza, yang juga dikenali sebagai “bunga phoenix”, telah berada di bawah pengawasan Dior selama tiga dekad lamanya di taman Dior yang berlokasikan di hutan hujan Madagascar. Melalui penemuan proses multi-penapaian, kuasa anti-penuaan Longoza dipertingkatkan lagi untuk menyasarkan sel-sel tunjang. Oleh itu, produk ini mampu menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dan kesannya kepada kulit boleh dilihat dalam masa empat jam sahaja.
Manfaat yang dimiliki oleh Longoza diperkasakan lagi dengan dua bahan aktif iaitu H.A poly-filler, yang merupakan satu bahan kompleks yang menggabungkan dua asid hyaluronik dengan poligliserol untuk kesan gebu dan anjal yang mampu bertahan sehingga lapan jam.
Serum ini juga mengandungi Tuscan Iris, sebuah bunga yang membantu membentuk pelindung buat kulit dari panahan sinaran UVA, menghalang potensi tindak balas kimia yang boleh menyebabkan kerosakan. Melindungi sinaran kulit daripada ditembusi cahaya UV samalah juga seperti memelihara ekosistem sel ibu kulit di dalam.
Lebih penting lagi, selain membetulkan tanda-tanda utama penuaan, Dior Capture Totale Le Serum mampu memperbaiki kulit dari masa ke semasa. Dior Beauty mendakwa walaupun pengguna berhenti menggunakan Serum selama seminggu, kulit masih mendapat faedah untuk kelihatan lebih tegang, lebih berseri dan kedutan juga tidak kelihatan jelas. Penggunaan yang berterusan akan terus memelihara kulit. Jika rajin dan berdisiplin akan lebih puas hasilnya.
Lebih menarik, bahan-bahan yang Dior gunakan ini bukan sahaja diberi perhatian pada keberkesanannya, malah Dior juga prihatin akan kesannya kepada alam. Maka dengan itu jugalah hal-hal berkaitan kelestarian (sustainability) diambil kira. Dalam dunia yang semakin tenat, maka inisiatif ini dilihat satu langkah bijak dalam memelihara bumi. Tidak hanya pada bahannya semata, mereka juga mengambil kira hal pembungkusan termasuklah pada kelalang kacanya, 20 peratus bahan yang digunakan menggunakan kaca kitar semula.
Dior Capture Totale Le Serum sudah boleh mula dijual di butik kecantikan Dior juga secara dalam talian. Harganya? RM685 (50ml).